awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
Pelawak Indonesia disoal siasat susulan aduan kandungan rancangan Netflix
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

500 ahli IKSNITA sertai Bersatu

Bernama
Bernama
13/09/2020
22:31 MYT
500 ahli IKSNITA sertai Bersatu
Rina berucap sebelum merasmikan majlis mesra pemimpin NGO Wanita Sabah dan majlis pelancaran PRESNITA Sabah di Kota Kinabalu, 13 Sept, 2020. --fotoBERNAMA
Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Datuk Seri Rina Harun pada Ahad menerima permohonan 500 ahli Persatuan Industri Kecil dan Sederhana Wanita Sabah (IKSNITA) bagi menyertai parti berkenaan.
Borang keahlian diserahkan wakil mereka, Presiden IKSNITA Datuk Dg Khatijah Datu Bachtiyal, selepas majlis ramah mesra bersama Rina, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, di sini semalam.
Bercakap kepada pemberita selepas majlis itu, Rina berkata ini membuktikan bahawa parti berkenaan terus menjadi pilihan rakyat di Sabah.
"Hari ini kita menerima lagi borang permohonan untuk menyertai Bersatu dan ini membuktikan kita semakin kuat dan telah mendapat tempat di hati orang-orang Sabah," katanya.
BACA: Dengarlah suara kaum wanita bawa sejahtera ke Sabah
Mengulas mengenai calon wanita daripada Bersatu yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, beliau berkata apa yang penting ialah kualiti individu yang bertanding.
"Walaupun ramai calon wanita yang layak, apa yang kita mahu ialah calon yang berkualiti dan mampu menang dalam PRN Sabah ini," katanya.
Hanya seorang calon wanita daripada Bersatu yang bertanding iaitu Norlizah Gurahman di kerusi Dewan Undangan Negeri Tanjong Kapor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bersatu
#borang permohonan
#calon
#calon wanita
#Dg Khatijah Datu Bachtiyal
#IKS
#IKSNITA
#Industri Kecil dan Sederhana
#parti
#pilihan rakyat
#PRN Sabah
#Rina Harun
#Sabah
#wanita
#Wanita Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan