59 peratus keluar mengundi setakat jam 1 petang - SPR

Fareez Azman
Julai 4, 2020 05:25 MYT
13 buah pusat mengundi melibatkan 65 saluran dibuka tepat jam 8 pagi dan proses pengundian dijangka berakhir jam 5.30 petang. - Foto BERNAMA
Sehingga jam 1 petang, sebanyak 59 peratus pengundi di Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini telah melaksanakan tanggungjawab mereka.
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), peratusan itu dijangka meningkat sehingga jam 5.30 petang.
Sebelum ini, SPR menjangkakan 70 peratus keseluruhan pengundi akan keluar mengundi di 13 buah pusat pengundian melibatkan 65 saluran di buka di kawasan itu.
Waktu keluar mengundi turut ditambah selama 30 minit bagi memberi ruang kepada semua pengundi melaksanakan tanggungjawab mereka dalam kelaziman baharu.

[INFO PRK DUN N.23 CHINI, PAHANG] Peratusan Keluar Mengundi sehingga jam 1:00 petang : Peratus : 59% Sumber: SPR Nota: Waktu tutup pusat mengundi adalah pada jam 5.30 petang.

— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) July 4, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sehingga kini, keadaan terkawal di semua pusat pengundian dengan kawalan ketat pihak keselamatan.
Pilihan Raya Kecil (PRK) N23 Dewan Undangan Negeri (DUN) Chini menyaksikan 20,972 pengundi bakal memilih wakil rakyat mereka.
#Chini Memilih #Malaysia #Pahang #pilihan raya #pilihan raya kecil #Suruhanjaya Pilihan Raya #Twitter