awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Rohingya dihukum penjara 16 tahun sebabkan kematian rakan senegara
Cuepacs ingatkan penjawat awam urus kenaikan gaji secara berhemat, berdisiplin
Ghea Indrawari kembali ke KL menerusi konsert 'Rasi Jiwa'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

7 Tawaran Transformasi: 'Peluang pembaharuan, perkasa demokrasi' - Shahril

Faris Danial Razi
Faris Danial Razi
10/09/2021
15:57 MYT
7 Tawaran Transformasi: 'Peluang pembaharuan, perkasa demokrasi' - Shahril
Shahril berkata, dengan persepsi rakyat terhadap politik yang berada pada tahap paling rendah ketika ini, ia diharap dapat menjadi langkah pertama dalam memberi nafas baharu politik negara. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan menyambut baik tawaran yang digariskan oleh Perdana Menteri sambil menyifatkan ia sebagai satu peluang untuk memberi pembaharuan dalam memperkasa demokrasi Malaysia.
Katanya, dengan persepsi rakyat terhadap politik yang berada pada tahap paling rendah ketika ini, ia diharap dapat menjadi langkah pertama dalam memberi nafas baharu politik negara.
“Saya rasa dalam sejarah negara inilah tempoh yang paling rendah dalam persepsi rakyat terhadap ahli politik.
“Maka ini adalah sebagai satu langkah pertama, untuk cuba memulihkan imej kerjaya politik itu sendiri kerana selama ini rakyat lihat macam-macam perkataan yang tidak positif yang dilabel terhadap sistem politik negara dan pemain politik negara.
“Saya fikir langkah ini hanyalah langkah pertama, kalau diteruskan dengan khidmat bakti yang baik diteruskan dengan ketelusan diteruskan dengan pendemokrasian.
“Dan baru itulah saya berani untuk mengatakan bahawa ini merupakan satu pembaharuan yang menyeluruh yang mampu beri semangat baru kepada generasi muda untuk lebih percaya kepada ahli politik malah mahu terbabit dengan lebih aktif,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Jumaat.
BACA: PM umum 7 tawaran Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan, wujud landskap politik baharu
Beliau pada masa sama mengharapkan segala perbahasan dan kritikan akan menjurus kepada perincian tentang idea-idea yang dibentangkan kerajaan.
“Saya harap tidak terlalu banyak sarkas politik seperti yang kita telah saksikan sebelum ini yang mana masing-masing cuba untuk jadi wira dengan mengatakan bahawa ini idea kami, bukan idea kamu dan sebagainya.
“Benda-benda itu saya harap dikurangkanlah, kerana ‘political points scoring’ mungkin dah banyak selama ini.
“Kali ini, ada peluang untuk semua di bawah panji Keluarga Malaysia ini untuk betul fokus kepada merit, kalau ada yang tidak setuju, biarlah tidak setuju atas dasar merit dan kalau ada ingin diubah, biarlah ia diubah berdasarkan merit juga,” katanya lagi.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengumumkan tujuh tawaran bagi melaksanakan Transformasi Parlimen dan Pentadbiran Kerajaan untuk mengembalikan kestabilan politik demi menangani wabak COVID-19 dan memulihkan ekonomi negara.
Ini selaras dengan titah nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu tentang peri pentingnya sebuah pentadbiran yang stabil dan dapat berfungsi secara biasa dalam keadaan negara menghadapi pelbagai krisis.
Topic Berkaitan
#Perdana Menteri
#Tawaran Transformasi
#UMNO
#Shahril Hamdan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan