JULAU: Golongan muda yang menyertai politik dinasihatkan agar tidak terburu-buru mengejar jawatan supaya mereka tidak 'karam' di pertengahan jalan.
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sebaliknya mereka harus mengikuti arus perjalanan politik dengan penuh kesabaran.
"Pemimpin silih berganti. Saya ganti Tok Nan (Tan Sri Adenan Satem). Suatu hari nanti, saya akan undur diri dan akan ada lapisan muda yang mengganti," katanya sambil menambah usia beliau kini sudah menjangkau 71 tahun.
Ketua Menteri Sarawak itu, yang juga Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), berkata demikian semasa majlis pecah tanah pembinaan projek jambatan Nanga Lasi di sini hari ini.
Beliau turut memaklumkan bahawa PBB telah bermesyuarat di Kuching malam tadi dan ramai muka baharu akan diturunkan sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12).
Abang Johari berkata PBB sentiasa melatih pelapis muda bagi menggantikan pemimpin yang ada ketika ini.
Beliau berkata Sarawak beruntung kerana kekurangan insiden 'gaduh-gaduh' politik memandangkan rakyatnya yang berbilang kaum saling memahami antara satu sama lain.
"Ini sebabnya saya tidak mahu parti luar masuk ke Sarawak kerana mereka selalu 'kipas' kita supaya bergaduh," katanya sambil menambah selagi GPS memerintah, rakyat dan negeri Sarawak akan terus diberi keutamaan.
Abang Johari juga berkata banyak projek dan program pembangunan sedang dilaksana di Julau termasuk pembinaan jalan raya, jambatan serta pembukaan tanah yang membawa maksud masa depan rakyat di kawasan itu adalah cerah.
Katanya bagi membolehkan pembangunan itu diteruskan, rakyat harus memberikan mandat baharu kepada GPS pada PRN12 ini.
Projek pembinaan Jambatan Nanga Lasi bernilai RM5 juta sepanjang 100 meter itu akan mula dibina pada Januari tahun depan dan dijangka siap dalam tempoh setahun.
Jambatan itu dibina untuk menggantikan jambatan gantung sedia ada dan akan memberi manfaat kepada kira-kira 2,250 penduduk di Nanga Lasi.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 20 2021
Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata sebaliknya mereka harus mengikuti arus perjalanan politik dengan penuh kesabaran. - Gambar fail/BERNAMA
Kes tembak KLIA: Suspek didakwa lagi esok
Hafizul Hawari, 38, didakwa di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan atas tujuh pertuduhan termasuk memiliki senjata api, 15 April lalu.
Freedom Flotilla to Gaza: Misi melalui perairan antarabangsa, bukan Israel - Huwaida Arraf
Misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla yang dijadual memulakan pelayaran pada Jumaat ini tidak akan menggunakan laluan di perairan Israel.
Upacara penghormatan terakhir
Bersama kita wartawan Umavathi Ramayah yang kini berada di Masjid Salahuddin Al Ayubi Taman Melati.
Sultan Selangor adakan pertemuan dengan PM Anwar di Seri Perdana
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke kediaman rasmi Perdana Menteri di Kompleks Seri Perdana, Putrajaya.
Upacara penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
MB Perlis maklum anak ditahan, serah kepada SPRM untuk siasat
Mohd Shukri berkata beliau mengetahui berita mengenai penahanan anaknya oleh SPRM dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.
Semua jenazah dibawa keluar dari HRPB
Semua jenazah anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang maut dalam nahas helikopter di Pangkalan TLDM Lumut dibawa keluar daripada Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) pada jam 4.35 petang pada Rabu.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak
Polis menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Buka tirai edisi ke-13, komited jadi pemacu WST2040
Ekspo dan Forum ASIAWATER secara rasmi membuka tirai penganjuran kali ke-13 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur untuk tiga hari dari 23 hingga 25 April 2024.
Empat ahli along didakwa lakukan khianat dengan api
Mahkamah menetapkan 23 Mei depan untuk sebutan semula kes bagi serahan dokumen.
Golongan muda alami rabun tua sebelum usia
Rabun tua atau presbiopia (presbyopia) sering dialami individu yang berusia 40 tahun, namun kini masalah berkenaan juga 'menghantui' golongan lebih muda.
Lebih segar! Lebih 60 tahun kelabu, pakaian seragam Pengakap Malaysia kini warna 'emerald sea'
Pakaian seragam baharu ini adalah lambang identiti dan kebanggaan bagi setiap ahli PPM.
Golongan muda perlu digalakkan ceburi sektor tenaga boleh baharu - Amir Hamzah
Golongan muda perlu digalakkan untuk menceburi sektor tenaga boleh baharu (TBB) yang dapat membantu usaha kerajaan mempercepat peralihan tenaga negara.
Instagram nasihat remaja tidur jika guna aplikasi lewat malam
Instagram aktifkan ciri baharu yang memberi peringatan kepada remaja untuk tidur jika mereka dikesan menghabiskan masa selepas waktu tidur.
Golongan muda P. Pinang digalak ceburi pertanian moden
Aplikasi teknologi, inovasi dan modenisasi dalam bidang pertanian moden boleh tingkatkan hasil pengeluaran dan menjana pendapatan lumayan.
UMNO perlu tingkatkan ketahanan berjuang dalam politik Melayu dinamik - Mohamad
Keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kemaman menyedarkan UMNO bahawa parti itu perlu meningkatkan ketahanan untuk terus berjuang dalam arena politik Melayu yang semakin dinamik.
Usaha literasi kewangan perlu dipertingkat seawal peringkat sekolah - Ahmad Maslan
Usaha menggalakkan literasi atau celik kewangan masih perlu diperbaiki khususnya di peringkat sekolah supaya rakyat tidak ketinggalan dan 'buta' dalam pengurusan kewangan.
JAWI diminta rangka strategi, pelan tindakan lahir qari dan qariah berkualiti
JAWI diminta menyusun rangka strategi dalam tempoh tiga tahun bagi melahirkan qari, qariah, hafiz dan hafizah berkualiti.
Jepak Memilih: Agenda berbeza calon GPS dan Aspirasi
Dua calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N67 Jepak menggariskan agenda berbeza ketika mengharungi kempen pilihan raya tersebut.
Pengesanan awal bantu cegah risiko kanser payudara, tingkat hasil rawatan
Kanser payudara boleh menyerang sesiapa sahaja dan antara faktor yang meningkatkan risiko penyakit adalah genetik, sejarah keluarga, perubahan hormon, gaya hidup, umur, kitaran haid dan menopaus.