POLITIK
Abdul Hadi pertahan jawatan presiden pada pemilihan Pas September ini

Abdul Hadi berkata beliau tidak berhasrat melepaskan jawatan presiden yang disandangnya selama lebih 20 tahun itu. - Foto Astro AWANI
MARANG: Tan Sri Abdul Hadi Awang mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Pas pada pemilihan Muktamar Pas ke-71 di Kedah, September ini.
Ringkasan AI
- Abdul Hadi mengesahkan akan mempertahankan jawatan Presiden Pas pada Muktamar ke-71 di Kedah, dan berhasrat terus berkhidmat sehingga akhir hayatnya kerana kesihatan masih baik.
- Selepas menjalani prosedur jantung di Institut Jantung Negara, Abdul Hadi menyatakan kesediaan untuk terus memimpin parti dan menolak sebarang spekulasi pengunduran.
- Mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi PN, Abdul Hadi menegaskan ia akan dibincangkan bersama parti komponen kerana bukan hak Pas semata-mata.
"Saya kalau boleh nak mati dalam bertugas. Saya sihat ... alhamdulillah, masih sihat," kata pemimpin berusia 77 tahun itu ketika ditemui pemberita selepas Kuliah Dhuha di Masjid Rusila hari ini.
Mengulas mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Abdul Hadi berkata perkara itu akan dibincangkan dengan parti gabungan dalam PN kerana jawatan pengerusi PN bukan ditentukan oleh Pas sahaja.
Sebelum ini, timbul desas-desus mengatakan terdapat desakan untuk PN mempunyai pengerusi yang baharu, namun dakwaan itu dinafikan oleh Muhyiddin sendiri.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami