awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul

Astro Awani
Astro Awani
15/12/2024
14:52 MYT
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik. - Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz memaklumkan beliau belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik, biarpun ada membuat perbincangan awal dengan PKR.
Dalam satu kenyataan, Tengku Zafrul berkata, beliau berpegang kepada prinsip membuat keputusan dengan tertib dan memaklumkan secara rasmi kepada pucuk pimpinan parti sebelum membuat sebarang pengumuman.
"Saya amat terkejut dengan perkembangan kenyataan kepimpinan tentang perkara ini. Tambahan pula sejak isu ini mula diketengahkan saya tidak menerima sebarang panggilan dari pucuk pimpinan UMNO untuk bertanyakan isu sebenar.
"Saya percaya rakyat Malaysia sudah muak dengan politik remeh dan tidak sihat ini. Ini termasuk serangan belakang tabir tanpa asas, agenda 'cah keting' dan sebagainya, terutama sekali kerana saya yakin apa yang rakyat mahu bukan politik ekstrem, tetapi usaha kita semua untuk membina rakyat dan negara.
"Ramai maklum isu-isu ini semua telah saya ketengahkan sebelum ini dalam konteks UMNO Selangor tetapi malangnya perkara ini masih membelenggu UMNO Selangor," tulisnya di Facebook.
Jelas Tengku Zafrul, dalam perbincangan awal dengan PKR, hal berkaitan jawatan peringkat negeri atau berhubung pilihan raya kecil tidak dibincangkan.
"Dalam memilih wadah perjuangan politik yang sesuai bagi pembangunan rakyat dan negara seterusnya, seperti saya nyatakan, saya pernah ada berbincang dengan PKR.
"Saya ingin tegaskan dalam perbincangan awal ini tidak ada perbincangan jawatan di peringkat negeri mahu pun pilihan raya kecil," katanya lagi.
Tambahnya lagi, beliau percaya Kerajaan Perpaduan mempunyai semangat kerjasama yang utuh dan toleransi yang tinggi, serta mampu menerima perbezaan pandangan dan pendapat dalam kalangan parti komponen.
Sebelum ini, wujud khabar angin mendakwa Tengku Zafrul, yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, akan menyertai PKR dan dilantik menjadi Menteri Besar Selangor.
Topic Berkaitan
#Tengku Zafrul Aziz
#UMNO
#PKR
#politik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan