Ada kemungkinan bincang bubar Parlimen

Sinar Harian
Oktober 6, 2022 06:56 MYT
Menurut Ismail Sabri, perbincangan mengenai pembubaran Parlimen dengan Yang di-Pertuan Agong boleh dicapai sekiranya perihal berkaitan Kabinet diselesaikan awal. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Agenda pembubaran Parlimen berkemungkinan dibincangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, petang ini.
Ismail Sabri berkata, perkara itu boleh dicapai sekiranya perihal berkaitan Kabinet diselesaikan awal.
"Kita tengok, kalau bincang sampai Maghrib, tidak sempatlah nak bincang hal lain," katanya.
Menurutnya, sesi menghadap Yang di-Pertuan Agong merupakan rutin setiap minggu sebelum mesyuarat Kabinet berlangsung.
"Itu kita panggil pra Kabinet untuk saya beri taklimat mengenai apa yang akan dibincangkan dalam kabinet atau apa pesanan Agong dan sebagainya," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
#bubar parlimen #PM mengadap Agong #PRU15 #mesyuarat Kabinet