POLITIK
Ada kemungkinan saya tidak sertai PRU-16 - Rafizi
RAFIZI: (Jawatan) menteri saya 'resign' apalah sangat bertanding PRU. Gambar fail
KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli beri bayangan tidak bertanding pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-16.
Ringkasan AI
"Ada kemungkinan yang saya memang tidak akan berniat untuk menyertai PRU-16 ... (Jawatan) Menteri saya resign, apalah sangat bertanding PRU," katanya.
Rafizi yang juga bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkata demikian ketika disoal sekiranya tidak dicalonkan semula di Parlimen Pandan semasa sesi bual bicara audio siar "Yang Berhenti Menteri" pada Jumaat.
Sebaliknya Ahli Parlimen Pandan itu bercadang untuk memberi tumpuan kepada sektor keusahawanan.
"Saya nak tumpu kepada membina rangkaian social enterprise sebab pengalaman saya dalam tempoh tujuh ke lapan tahun di luar politik adalah masa yang paling produktif," katanya.
Peguam, Faizal Rahman selaku moderator turut mengajukan sekiranya beliau berniat untuk kembali aktif dalam PKR.
Dalam sesi sama, Rafizi seolah-olah tawar hati dengan budaya yang berlaku semasa Pemilihan PKR 2025, namun beliau tidak menyatakan secara khusus budaya yang dimaksudkan.
"Kalau pun diberi karpet merah balik bertanding, dijemput jadi Timbalan Presiden, saya tak mahu 'dipatuk' kali kedua.
"Saya tidak yakin ada kemampuan dalam tempoh yang singkat untuk membersihkan budaya itu," ujarnya lagi.
Rafizi tewas dalam mempertahankan jawatan Timbalan Presiden kepada Nurul Izzah semasa pemilihan parti pada Mei.
Sekali gus, beliau mengumumkan meletak jawatan Kabinet berkuat kuasa 17 Jun 2025.
Ringkasan AI
- Datuk Seri Rafizi Ramli memberi bayangan tidak akan bertanding dalam PRU-16 dan mahu menumpukan kepada sektor keusahawanan serta membina rangkaian 'social enterprise'.
- Beliau menyatakan kekecewaan terhadap budaya dalam Pemilihan PKR 2025 dan tidak berminat untuk kembali memegang jawatan parti walaupun diberi peluang.
- Rafizi meletak jawatan sebagai Menteri Kabinet berkuat kuasa 17 Jun 2025 selepas tewas mempertahankan jawatan Timbalan Presiden PKR kepada Nurul Izzah.