awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa rogol, lakukan amang seksual terhadap dua remaja
Sultan Selangor amat dukacita insiden bakar suar, tidak berkenan budaya samseng
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Ada pihak mahu lihat PN korup'- Wan Ahmad Fahysal

Sinar Harian
Sinar Harian
11/03/2023
05:48 MYT
'Ada pihak mahu lihat PN korup'- Wan Ahmad Fahysal
Wan Ahmad Fayshal berkata, ia dapat dilihat menerusi pendakwaan yang dilakukan terhadap Muhyiddin baru-baru ini. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ketua Armada Bersatu Nasional, Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal mendakwa terdapat pihak yang mahu Perikatan Nasional (PN) dilihat korup dalam kalangan masyarakat Melayu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Machang berkata, ia dapat dilihat menerusi pendakwaan yang dilakukan terhadap Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin baru-baru ini.
"Kita berhimpun pada pagi ini dengan rasa sugul dan amarah yang mendalam. Muhyiddin sedang menghadapi badai dendam kesumat politik yang tidak terperi hebatnya.
"Walaupun hati saya berasa amat berat melihat dan mendengar pertuduhan yang dibacakan ke atas beliau (Muhyiddin) ketika kami bersama beliau di mahkamah semalam.
"Nun jauh lebih berat buat Abah yang memikul beban ini untuk kita semua," kata beliau dalam Perhimpuan Agung Bersatu di sini.
Wan Ahmad Fayshal menambah, politik Melayu kini sedang berhadapan dengan kemerosotan terutama di arena Parlimen.
"Jarang kita mendengar ahli Parlimen dari kerajaan untuk bercakap tentang kelangsungan Melayu dan Bumiputera. Hanya ahli Parlimen dari PN sahaja yang berani menyuarakan hal demikian.
"Saya khuatir, jika situasi ini berterusan, orang Melayu akan hilang rasa kepunyaan kepada tanah air mereka sendiri dan akhirnya beranggapan bahawa demokrasi tidak berupaya untuk merealisasikan hasrat dan kepentingan politik mereka," ujarnya.
Justeru, beliau meminta seluruh ahli Bersatu di dalam dewan untuk memastikan bahawa kemerosotan itu tidak berkekalan. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Bersatu
#wan ahmad fayshal
#Perikatan Nasional
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan