POLITIK
'Ada usaha naikkan amarah UMNO agar tinggalkan kerajaan' - Tok Mat
“Kalau UMNO tak bersetuju dalam kabinet, maka kabinet tidak akan dapat persetujuan, ini yang mereka rasa amat sakit hati,” - Tok Mat. Gambar Astro AWANI.
KUALA LUMPUR: Terdapat pihak yang sedang berusaha untuk menaikkan emosi amarah orang UMNO agar meninggalkan Kerajaan Perpaduan, kata Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
Ringkasan AI
Tanpa menamakan mana-mana parti dalam komponen kerajaan, Mohamad berkata tindakan tersebut dibuat agar pihak tersebut dapat membentuk kerajaan Pakatan Harapan 1.0 untuk melaksanakan polisi sewenang-wenangnya.
“Berbagai usaha dibuat untuk marah dan menaikkan emosi kita….dengan harapan besar supaya buat begitu UMNO akan meninggalkan kerajaan,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan di Perhimpunan Agung UMNO 2025 di Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Kuala Lumpur hari ini.
Menurut Mohamad, UMNO secara konsisten telah membantah dasar-dasar yang cuba dibawa ke peringkat kabinet yang tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat Malaysia.
“Kalau UMNO tak bersetuju dalam kabinet, maka kabinet tidak akan dapat persetujuan, ini yang mereka rasa amat sakit hati,” katanya.
Mohamad turut mendakwa pihak yang sama juga cuba untuk melanggar ‘garis merah’ dan menyifatkan golongan tersebut sebagai duri dalam daging dalam kerajaan.
Beliau menegaskan sekirannya keadaan tersebut berlaku maka UMNO akan buat keputusan untuk memikirkan semula keberadaan dalam kerajaan.
“Ada garis merah yang perlu dihormati…jika garis-garis merah ini dilangkaui…kita akan buat keputusan untuk memikirkan semula keberadaan kita di dalam kerajaan,” katanya.
Pada Rabu lalu, Mohamad menjelaskan bahawa garis merah adalah melibatkan hak keistimewaan Melayu dan Bumiputera yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan serta kontrak sosial negara.
Ringkasan AI
- Usaha untuk menaikkan emosi amarah orang UMNO didedahkan oleh Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.
- Tindakan tersebut bertujuan agar UMNO meninggalkan Kerajaan Perpaduan, membolehkan pihak tertentu membentuk kerajaan Pakatan Harapan 1.0.
- Mohamad menegaskan bahawa UMNO konsisten menentang dasar-dasar yang tidak memberi manfaat kepada majoriti rakyat, dan akan mempertimbangkan keberadaannya dalam kerajaan sekiranya garis merah terlampaui.