awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Adam Adli kemungkinan besar akan dibebas esok, kata bapanya

Haider Yutim
Haider Yutim
16/03/2015
12:18 MYT
Adam Adli kemungkinan besar akan dibebas esok, kata bapanya
Bapa Adam Adli, Abdul Halim (gambar) berkata anaknya setakat ini telah beri kenyataan untuk tiga kes. - Foto Astro AWANI
Aktivis, Adam Adli Abdul Halim dan sekretariat #KitaLawan, Mandeep Singh berkemungkinan besar akan dibebaskan esok, kata bapa Adam, Abdul Halim Abdil Hamid.
"Adam dah beri kenyataan untuk tiga kes hari ini, dan akan beri satu lagi kenyataan esok.
"Manakala Mandeep pula dah beri kenyataan untuk dua kes hari ini, dan satu esok... mereka berdua InsyaAllah kalau tak ada apa-apa akan dibebaskan esok petang," katanya kepada pemberita di hadapan IDP Dang Wangi pada Isnin.
Aktivis, Adam Adli Abdul Halim sekali lagi ditahan polis selepas mengadakan protes di hadapan kompleks beli belah Sogo petang Sabtu lalu.
Dia ditahan bersama Mandeep sejurus selepas perhimpunan tersebut.
Terdahulu, pada Sabtu, Adam dan Mandeep telah mengadakan protes duduk di hadapan Sogo yang dihadiri lebih kurang 15 hingga 20 peserta.
Sambutan itu dilihat sebagai hambar jika dibandingkan dengan minggu-minggu lalu, namun Adam menyifatkannya sebagai 'normal' kerana jumlah peserta perhimpunan ada naik turunnya.
Ia merupakan himpunan #KitaLawan yang kelima diadakan sejak 10 Februari lalu selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atas Anwar setelah mendapatinya bersalah atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan tujuh tahun lalu.
Setakat ini, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad, Ketua Pemuda PKR Kelana Jaya Saifullah Zulkifli, Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dan Bendahari Pemuda PAS Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar turut ditahan di bawah kes yang sama.
Adam pernah ditahan untuk kes yang sama pada 21 Februari bersama bekas Ketua Pemuda PKR Fariz Musa, tetapi telah dibebaskan pada hari berikutnya.
Topic Berkaitan
#abdul halim
#Adam Adli
#kitalawan
#Mandeep Singh
#reman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan