KUALA LUMPUR: Aktivis sosial, Adam Adli Abdul Halim antara 20 aktivis anak muda yang mengumumkan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR).
Selain Adam, dua lagi yang hadir menyerahkan borang menyertai PKR hari ini ialah aktivis bebas, Sarah Hadi dan peguam, Asheeq Ali Sethi Alivi.
Penyertaan itu diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasir di ibu pejabat parti itu.
Dalam ucapannya Anwar berkata kumpulan aktivis itu sebagai kalangan yang mempunyai idealisme dan komited dalam perjuangan.
"Apabila Adam, Asheeq dan beberapa teman mereka menemui saya, saya berasa bangga. (PKR kini dianggotai) kalangan aktivis muda yang terkenal dengan idealisme, komitmen dan perjuangan mereka.
"Mereka bukan anggota rasmi PKR (sebelum ini) tetapi penggerak reformasi rakyat," katanya dalam sidang media.
Adam bermula sebagai aktivis pelajar ketika menuntut di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan mula mengundang perhatian kira-kira 10 tahun lalu, apabila bersama beberapa beberapa aktivis pelajar lain mengadakan tunjuk perasaan berhubung penempatan bakal guru.
Manakala Asheeq pula bermula sebagai aktivis pelajar ketika di Universiti Kebangsaan Malaysia antara yang mengetuai tunjuk perasaan yang dinamakan TangkapMO1 pada 2016, yang dianjurkan berikutan pemfailan oleh Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) yang menyatakan "Malaysian Official 1" telah menerima AS$731 juta daripada1MDB.
Bagaimanapun tambah Anwar, penyertaan itu tidak bermakna mereka akan ditampilkan sebagai calon dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
"Penyertaan muda (aktivis) dan wanita itu tinggi dan kalau kita lihat sejarah Keadilan sejak awal antara parti yang banyak tonjolkan tokoh-tokoh muda di Parlimen, Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Ahli Majlis.
“Pendirian kita masih kekal akhirnya kita pilih calon terbaik kalau dia orang muda ada pengalaman dan juga wanita bagi saya lebih penting itu anak muda sekarang ramai yang tunjuk keupayaan dan kelayakan,” katanya.
Katanya lagi, walaupun senarai nama diusulkan pimpinan parti di peringkat negeri, namun terdapat saringan akan dilakukan terlebih dahulu.
Sebelum ini Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution memaklumkan parti itu sudah menerima hampir 90 peratus senarai nama calon untuk PRU-15
Astro Awani
Thu Sep 16 2021
Penyertaan aktivis terbabit diumumkan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam sidang media yang turut dihadiri Ketua Angkatan Muda Keadilan, Akmal Nasir di ibu pejabat parti itu. - Foto Astro AWANI
Malaysia manfaatkan sepenuhnya FTA, jana FOB bernilai RM41.03 bilion pada suku pertama 2024 - MITI
Malaysia memanfaatkan sepenuhnya perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang dimeterai dengan ekonomi luar dan berjaya menjana percuma atas kapal (FOB) sebanyak RM41.03 bilion pada suku pertama tahun ini.
Debut Sukan Olimpik 'langkah besar' dalam karier Nurul Izzah Izzati
Bintang muda berbasikal trek negara Nurul Izzah Izzati Mohd Asri menyifatkan penampilan sulungnya pada Sukan Olimpik 2024 di Paris sebagai 'langkah besar' dalam kariernya.
Raja Salman jalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Jeddah
Pemeriksaan itu yang diadakan pada Rabu (24 April), dijangka berlangsung beberapa jam.
Dua maut kereta terbabas dan terbalik di Kuala Krai
Kedua-dua mangsa tidak sedarkan diri dan mangsa tersepit berjaya dibawa keluar dari kereta pada jam 4.11 petang.
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah bantu tingkat persefahaman antara kaum - Saraswathy
Penganjuran Hari Perpaduan di sekolah menjadi platform terbaik untuk meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan pelajar sekolah, kata Timbalan Menteri Perpaduan Negara K. Saraswathy.
MITI: RM58.91 juta diagihkan kepada PKS pada suku pertama bagi automasi dan pemodenan
Jumlah peruntukan bagi pinjaman mudah itu ialah RM150 juta untuk 30 syarikat dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan berkaitan pembuatan.
2,214 stesen pengecas EV dipasang, MITI kekal sasaran 10,000 menjelang 2025
Ia sebahagian komitmen MITI untuk membangunkan infrastruktur pengecasan EV dan mencapai sasaran 10,000 titik pengecasan menjelang 2025.
Harimau Muda kurang 'kerja rumah' hadapi Piala Asia B-23 2024 - Penganalisis
Menerusi pemerhatian di laman media sosial, timbul cakap-cakap netizen yang lebih terarah kepada perjalanan kesemua pemain negara kendalian Juan Torres Garrido ke Qatar sekadar 'makan angin'.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
Pelepasan air terawat Fukushima digantung kerana terputus elektrik
Pelepasan air radioaktif terawat ke laut dari loji janakuasa nuklear Fukushima yang lumpuh digantung pada Rabu berikutan gangguan bekalan elektrik separa, kata pengendali loji itu.
KBS buat 22 perubahan dalam sembilan bulan untuk tambah baik pentadbiran sukan dan belia negara
Dalam masa 9 bulan, KBS di bawah pimpinan Hannah Yeoh dan Adam Adli berjaya membuat 22 perubahan bagi menambah baik pentadbiran KBS.
Adam Adli terkejut ‘kontroversi’ APBN dibawa ke Parlimen
Isu tersebut bukanlah kepentingan awam buat masa sekarang malah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) juga telah mengendalikan isu tersebut sebaiknya.
Sekolah dicadang terap elemen ilmiah, intelektual sampaikan mesej Palestin
Pihak sekolah dicadang menerapkan elemen ilmiah dan bersifat intelektual dalam menyampaikan mesej kepada pelajar supaya mereka lebih memahami tentang isu sebenar yang berlaku di Palestin.
KBS akan bantu, sokong bangunkan sukan flag football
KBS akan membantu dan memberi sokongan diperlukan Malaysia American Football Association (MAFA) dalam membangunkan sukan flag football negara.
KBS sedia bertemu dengan persatuan belia yang berdepan isu kelesuan
Setakat ini isu kelesuan bukan sesuatu yang membimbangkan memandangkan golongan belia dan persatuan ketika ini sangat aktif.
Rakan Muda, program untuk bangunkan jati diri belia - Adam Adli
Program Rakan Muda yang diperkenalkan pada 1994 telah berjaya melahirkan generasi MADANI yang mampu bersosial dengan masyarakat.
KBS bakal lancar Rakan Demokrasi, galak belia dalam perbincangan politik
Rakan Demokrasi dijadual dilancarkan bersama Rakan Muda esok, yang akan melibatkan belia berusia dari 15 tahun.
KBS akan terus sokong Zii Jia
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memberi jaminan akan terus menyokong jaguh perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
PPRPM bawa isu p-hailing kepada Adam Adli
Pelbagai isu utama dibincangkan antaranya, bayaran perjalanan, pengiraan bayaran yang telus dan keperluan interface mudah alih.
'Dulu jumpa Adam Adli rasa nak siat muka, sekarang hilang rasa marah' - Dr Akmal
Dinamik arena politik di negara ini telah memperlihatkan banyak permusuhan yang tercetus dalam kalangan ahli politik yang berbeza ideologi boleh bertukar.