awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah

Mirlen Axtius
Mirlen Axtius
21/05/2023
05:03 MYT
ADUN Limbahau keluar KDM, sokong kerajaan negeri Sabah
Datuk Juil Nuatim mendakwa semua ketua bahagian dan ahli jawatankuasa bahagian KDM Papar akan mengikuti jejaknya meninggalkan parti dan menyokong kerajaan GRS. - Astro AWANI
KOTA KINABALU: Timbalan Presiden Parti Kesejahteraan Demokratik Rakyat (KDM) Datuk Juil Nuatim mengesahkan keluar parti dan menyokong kerajaan negeri Sabah.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Limbahau itu memberitahu media, hasratnya itu sudah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor dalam majlis rumah terbuka di Papar pada Sabtu.
"Saya dan (Presiden KDM) Datuk Peter Anthony tidak ada masalah. Kami adik-beradik dan dia faham.
"Cuma, Limbahau akan terus tertinggal dari segi pembangunan tanpa sebarang peruntukan. Lebih baik bersama-sama dengan kerajaan dan Ahli Parlimen Papar, Datuk Armizan Mohd Ali.
"Gabungan Rakyat Sabah (GRS) tidak mahu menyerap KDM dan itu tidak mengapa," katanya hari ini.
Enggan menyatakan jumlah sebenar, beliau berkata semua ketua bahagian dan ahli jawatankuasa bahagian KDM Papar akan menyertainya sebagai ahli bebas.
Tambah Juil jawatannya dalam KDM mungkin boleh digantikan oleh anak Peter.
Kini KDM yang tinggal sebagai ADUN ialah, Peter (Melalap) dan Datuk Wetrom Bahanda (Bandau).
Topic Berkaitan
#Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat
#Datuk Juil Nuatim
#keluar parti
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan