JOHOR BAHRU: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN Perikatan Nasional (PN) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor mulai Khamis ini.
Speaker DUN Johor Datuk Mohd Puad Zarkashi berkata keputusan itu dibuat susulan Presiden MUDA Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang telah menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan, dan surat pemakluman daripada Ketua Pengimbang Johor Andrew Chen Kah Eng.
"Berdasarkan kenyataan media oleh Presiden MUDA dan surat pemakluman oleh Ketua Pengimbang Johor dari Blok Pakatan Harapan (PH) Andrew Chen Kah Eng (Stulang), tempat duduk ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz dipindahkan sebaris dengan Blok Pengimbang PN," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Sementara itu, Mohd Puad turut memaklumkan majlis angkat sumpah ADUN Simpang Jeram Nazri Abdul Rahman akan dilaksanakan pada 9.30 pagi Khamis sempena mesyuarat ketiga penggal Persidangan DUN Johor ke-15.
Pada Ahad lepas, Syed Saddiq dilapor menarik diri sebagai penyokong kerajaan dan memilih menjadi pembangkang kuasa ketiga dalam Dewan Rakyat.
Pada Pilihan Raya (PRN) Johor Mac tahun lepas, Barisan Nasional meraih kemenangan selesa melebihi majoriti dua pertiga, apabila berjaya memperoleh 40 daripada 56 kerusi DUN di negeri itu, manakala PH memenangi 11 kerusi, diikuti PN (tiga), selain PKR dan MUDA masing-masing satu kerusi.
Pada 20 Mac lepas, Mohd Puad dilapor berkata DUN Johor kini menggunakan istilah pengimbang bagi merujuk semua ADUN Johor pembangkang, menjunjung titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.
Pada Sabtu lepas, Nazri yang juga Timbalan Ketua Amanah Bakri menang dengan majoriti 3,514 undi menewaskan calon PN Dr Mohd Mazri Yahya dan calon Bebas S.Jeganathan.
PRK di kerusi Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram dilaksanakan susulan kematian penyandangnya Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub, yang juga Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, pada 23 Julai lepas.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 12 2023

Tempat duduk ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz (gambar) dipindahkan sebaris dengan Blok Pengimbang PN. - Gambar fail/Astro AWANI

Kardinal dari Malaysia mengundi dalam pemilihan Pope baharu
Kardinal-kardinal yang layak mengundi itu kini sedang menuju ke konklaf, merujuk kepada proses pemilihan Pope yang tertutup dan rahsia.

Pentadbiran Trump cadang rombakan besar Jabatan Negara AS, 132 pejabat bakal ditutup
Setiap 'undersecretary' Jabatan Negara perlu mengemukakan pelan untuk mengurangkan staf sebanyak 15 peratus.

Amaran ribut petir sehingga 6 pagi ini - MetMalaysia
MetMalaysia dalam satu kenyataan memaklumkan negeri terjejas adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak.

Pekerja kedai roti bunuh tujuh rakan sekerja dalam serangan pisau
Seorang pekerja kedai roti di Filipina membunuh tujuh rakan sekerjanya dalam serangan menggunakan pisau.

Intel, Oracle luahkan kebimbangan terhadap tarif AS dengan Malaysia - Tengku Zafrul
Syarikat terkemuka Amerika Syarikat (AS), Intel dan Oracle telah meluahkan kebimbangan mengenai kesan tarif Amerika Syarikat (AS) terhadap operasi mereka di Malaysia, kata Menteri Pelaburan, Perdagang

Hampir setengah juta pelarian Syria di luar negara kembali ke tanah air
UNHCR melaporkan, kira-kira 438,000 pelarian Syria kembali ke tanah air mereka dari negara-negara jiran.

Malaysia tegaskan komitmen terhadap keadilan, keamanan mampan buat Palestin
Malaysia terus menegaskan peranannya sebagai suara berprinsip di peringkat antarabangsa dan komitmennya terhadap keadilan buat Palestin.

MAVCOM laporkan 99 peratus aduan pada separuh kedua 2024 telah diselesaikan
Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) melaporkan sebanyak 99 peratus daripada semua aduan yang diterima pada separuh kedua 2024 (2H 2024) telah berjaya diselesaikan.

Piala Sudirman 2025: Jun Hao, Pearly ketuai cabaran negara di Xiaman
BAM mempertaruhkan Jun Hao dan Pearly Tan bagi mengetuai cabaran skuad negara di Piala Sudirman 2025 berlangsung pada 27 April hingga 4 Mei, di Xiamen, China.

Cadangan pemakaian lencana Jalur Gemilang diperluas ke Tabika Perpaduan - Aaron
Kementerian Perpaduan Negara mencadangkan agar pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam sekolah diperluas ke Tabika Perpaduan.

ADUN MUDA, Amira Aisya ditempatkan di Blok Pengimbang PN - Speaker DUN Johor
ADUN Puteri Wangsa Amira Aisya Abd Aziz akan ditempatkan di Blok Pengimbang, sebaris dengan ADUN PN pada sidang DUN Johor Khamis ini.

ADUN MUDA, Amira Aisya sahkan tidak lagi bersama blok PH-BN di Johor
MUDA yang mempunyai seorang ADUN di Johor mengesahkan tidak lagi berada bersama Pakatan Harapan (PH) di blok pengimbang kerajaan.