Adun Pas di Selangor bakal sertai PKR

Astro Awani
April 7, 2018 16:05 MYT
Mohd Khairuddin memenangi kerusi Dun Paya Jaras pada PRU13 selepas mengalahkan calon BN Datuk Muhammad Bushro Mat Johor. - Gambar fail
Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Jaras Mohd Khairuddin Othman akan meninggalkan Pas dan menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR), lapor Star Online.
"Saya akan menyertai PKR bersama ahli Kelab Penyokong Pas berbangsa Cina dan India," katanya kepada Star Online.
Khairuddin akan mengumumkan penyertaannya pada Ahad malam di satu majlis yang akan dihadiri oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.
Mohd Khairuddin digugur dari jawatan Setiausaha Pas Selangor ekoran beberapa salah faham antaranya dan pimpinan parti itu.
Selain Mohd Khairuddin, sekurang-kurangnya empat wakil rakyat PAS yang lain juga dijangka akan menyertai PKR.
Mohd Khairuddin memenangi kerusi Dun Paya Jaras pada Pilihan Raya Umum ke-13 selepas mengalahkan calon Barisan Nasional Datuk Muhammad Bushro Mat Johor yang juga penyandang kerusi tersebut dengan majoriti 5,522.
#Amanah #Barisan Nasional #Berjasa #DAP #Gagasan Sejahtera #Ikatan #Malaysia #MCA #MIC #Mohamed Azmin Ali #Mohd Khairuddin Othman #Pakatan Harapan #PAS #PCM #PKR #PPBM #Selangor #UMNO