Adun PKR di Sabah letak jawatan

Astro Awani
Disember 17, 2014 05:12 MYT
Melepaskan jawatan disebabkan masalah kesihatan (Foto: Facebook)
Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Inanam daripada PKR Roland Chia meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat bermula hari ini atas faktor masalah kesihatan.
Menulis di laman Facebooknya, Roland mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi di Inanam dan pemimpin PKR yang telah memberi sokongan kepada beliau sejak 17 bulan lalu.
"Atas masalah kesihatan, saya akan meletak jawatan sebagai Adun Inanam.
"Saya mengucapkan terima kasih kepada pengundi Inanam dan pemimpin parti atas sokongan yang diberikan sejak 17 bulan lalu," katanya.
Status di laman Facebook milik Adun Inanam, Roland Chia
Roland menulis perkara yang sama di laman mikro Twitter beliau.

Due to health reasons, I will step down as Adun Inanam. I thank the Inanam voters and party leadership for ur support over last 17mths.

— Dr Roland Chia (@RolandChiaMS) December 17, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Roland mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Joseph Paulus Lantip dan calon Parti Maju Sabah, Enchin Majimbun dengan majoriti 3,202 undi.
Roland memperolehi 8,926 undi mengalahkan Joseph Paulus dengan 5,724 undi manakal Enchin dengan 5,003 undi.
#DUN Inanam #PKR #Roland Chia