awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
Masalah kesuburan lelaki punca hanpir separuh kes pasangan sukar hamil - LPPKN
Kadar pemilikan rumah, akses kemudahan asas meningkat - DOSM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agenda 30 peratus calon wanita pada PAU 2021

Bernama
Bernama
15/03/2022
14:34 MYT
Agenda 30 peratus calon wanita pada PAU 2021
Naib Ketuanya Datuk Norliza Abd Rahim berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita layak menjadi pemimpin dan perlu diberi kesaksamaan jantina. - Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Agenda 30 peratus perwakilan wanita untuk menjadi calon pada pilihan raya akan datang bakal dibawa oleh Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 yang membuka tirainya esok.
Naib Ketuanya Datuk Norliza Abd Rahim berkata keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita layak menjadi pemimpin dan perlu diberi kesaksamaan jantina.
"Pada PRN Johor baru-baru ini, kita dapat lihat sendiri bahawa kita menang hampir semua kerusi yang ditandingi Wanita UMNO.
"Ini agenda yang kita akan bawa dari semua negeri agar calon-calon wanita diberi keutamaan dan diletakkan di tempat-tempat yang boleh menang pada Pilihan Raya Umum ke-15 akan datang," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program Back to School 2022 anjuran UDA Holdings Bhd di sini hari ini.
Norliza yang juga pengerusi UDA Holdings berkata keputusan PRN Johor perlu diambil kira dalam strategi parti untuk PRU akan datang kerana ia menunjukkan rakyat mengiktiraf kemampuan wanita untuk menjadi pemimpin.
"Sudah sampai masanya wanita-wanita yang mempunyai kelebihan diberi tempat dan saya rasa pucuk pimpinan sudah mula sedar bahawa peluang kemenangan itu cerah apabila meletakkan calon wanita untuk bertanding pada pilihan raya," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Wanita UMNO
#Perhimpunan Agung UMNO
#PAU 2021
#Norliza Abd Rahim
#PRN Johor
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan