awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tun Mahathir dibenar pulang bermalam di rumah
SINAR perkenal penyampai baharu untuk segmen pagi dan petang mulai 9 Febuari 2026
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Agihan peruntukan, pembangkang perlu kemuka cadangan - TPM Fadillah

Hilmi Malik
Hilmi Malik
08/05/2023
06:50 MYT
Agihan peruntukan, pembangkang perlu kemuka cadangan - TPM Fadillah
Fadillah berkata, perkara yang penting adalah untuk pastikan kerjasama dapat dijalin dan perkukuh kestabilan politik. - Gambar fail
PUTRAJAYA: Pembangkang perlu mengemukakan cadangan dan tawaran berhubung pengagihan peruntukan melibatkan kesemua Ahli Parlimen mereka.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerajaan sedia ada yang telah terbentuk bukan lagi Kerajaan Pakatan Harapan (PH).
“Kita masih tunggu cadangan dari pembangkang tetapi pihak mereka menyatakan ia tidak perlu.
“Mereka (pembangkang) perlu ingat kerana ketika ini adalah Kerajaan Perpaduan, bukan lagi PH,” katanya ketika sidang media selepas Mesyuarat Majlis Mineral Negara Kedua di Putrajaya pada Isnin.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai perkembangan rundingan peruntukan terhadap Ahli Parlimen pembangkang.
Sebelum ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan kesediaan untuk menyalurkan peruntukan terhadap Ahli Parlimen pembangkang.
Bagaimanapun katanya, peruntukan itu hanya tertumpu kepada soal perbelanjaan melibatkan pentadbiran.
Sementara itu, Fadillah yang turut terlibat dalam fasa rundingan berkenaan menyatakan, tiada sebarang syarat diletakkan terhadap Perikatan Nasional (PN) bagi membolehkan agihan peruntukan disalurkan kepada Ahli Parlimen pembangkang.
Jelasnya, apa yang menjadi keutamaan adalah bagi memastikan kerjasama semua pihak dan kestabilan politik dapat dijamin.
"Jadi kita perlu minta mereka kemukakan cadangan, bagaimana dengan peruntukan itu kita boleh jalin kerjasama ke arah memastikan negara kita lebih stabil dari segi politik.
"Itu yang kita nak," katanya lagi.
Proses berkenaan merupakan tindakan yang sama sewaktu pentadbiran Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri.
Topic Berkaitan
#Kerajaan Perpaduan
#Fadillah Yusof
#pertuntukan pembangkang
#Perikatan Nasional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan