awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AS kekal hak menjamin keselamatan ketenteraan pangkalan Diego Garcia - Trump
Ribut Leonardo: Lelaki maut di Portugal, wanita dihanyutkan arus di Sepanyol
Anugerah Madani Agro Excellence iktiraf pengusaha industri pertanian, makanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan

Ridauddin Daud
Ridauddin Daud
03/04/2023
05:39 MYT
Ahli Parlimen Besut sekali lagi diarah keluar Dewan
Che Mohamad tetap hadir ke Dewan Rakyat pada Isnin meskipun telah digantung selama tiga hari. - Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN - Besut) sekali lagi diarah keluar Dewan Rakyat selepas Timbalan Speaker, Datuk Ramli Mohd Nor mendapati beliau hadir ke Dewan pada Isnin.
Berdasarkan keputusan dibuat pada minggu lepas, Che Mohamad Zulkifly digantung tiga hari dan hanya dibenarkan masuk semula ke Dewan pada Selasa.
Begitupun, beliau tetap hadir ke Dewan pada Isnin dan sebaik disedari Ramli, beliau terus mengarahkan Ahli Parlimen itu untuk keluar meskipun beliau berulang kali membantah keputusan itu.
Dakwa Ahli Parlimen itu, beliau sudah bertanya bilakah hari beliau boleh menyertai Sidang Parlimen dan katanya, Timbalan Speaker memberitahunya agar masuk pada hari Isnin.
Begitupun, bantahan itu ditolak Ramli, menegaskan keputusan dibuat mengikut peraturan mesyuarat.
Ramli: “Interpretasi saya, saya telah jelaskan kan?”
Che Mohamad Zulkifly: “Saya tanya hari Sabtu ke masuk. Timbalan Speaker kata hari ini masuk.”
Ramli: “Yang Berhormat, saya tidak mahu polemik ini berterusan, ini adalah keputusan saya.”
Che Mohamad Zulkifly: “Oh hebat, seronoklah Jelutong ya.”
Ramli: “Yang Berhormat, sila keluar.”
Rabu lalu, Che Mohamad Zulkifly diarahkan keluar dewan dan digantung selama tiga hari.
Tindakan itu diambil selepas beliau ingkar arahan Ramli yang tiga kali mengarahkan beliau duduk.
Kongsi pandangan anda di sini
Topic Berkaitan
#Besut
#Dewan Rakyat
#Che Mohamad Zulkifly Jusoh
#keluar dewan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan