awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
Lebih sejuta dokumen berkaitan kes Jeffrey Epstein ditemukan pihak berkuasa Amerika
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Bukit Gantang pula isytihar sokong PM

Sinar Harian
Sinar Harian
28/11/2023
03:10 MYT
Ahli Parlimen Bukit Gantang pula isytihar sokong PM
Ahli Parlimen Bersatu, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen pembangkang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (PN-Bukit Gantang) mengumumkan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat hari ini.
"Dengan ini Bukit Gantang mengisytiharkan menyokong Perdana Menteri.
"Saya sendiri bersedia untuk memberi dan membantu kerajaan mewujudkan masyarakat Madani menangani kenaikan harga dan kos sara hidup dengan mengambil ibrah Nabi Yusuf," katanya.
Wakil rakyat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata demikian ketika mengajukan soalan tambahan pada sesi Waktu Pertanyaan Perdana Menteri (PMQT).
Sebelum ini, empat ahli Parlimen daripada Bersatu bertindak menyokong Anwar.
Sokongan itu bermula dengan Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid pada 12 Okt lalu, diikuti Ahli Parlimen Labuan Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman pada 30 Okt, Ahli Parlimen Gua Musang Mohd Azizi Abu Naim dan Ahli Parlimen Jeli Zahari Kechik. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#sokong PM
#Ahli Parlimen Bukit Gantang
#pembangkang
#Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan