awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tanah runtuh: Tapak kedai makan popular di Jalan Simpang Pulai–Cameron Highlands ditutup sebulan
Sambutan Krismas meriah dengan upacara keagamaan, aktiviti bersama keluarga
Krisis politik Perlis: Speaker sahkan berlaku kekosongan luar jangka tiga DUN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri

Bernama
Bernama
15/11/2023
03:00 MYT
Ahli Parlimen Labuan nafi wujud paksaan, ugut, sogokan untuk sokong Perdana Menteri
Suhaili Abdul Rahman hari ini menafikan sekeras-kerasnya wujud paksaan, ugutan dan sogokan keatas empat Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. - Foto BERNAMA
LABUAN: Ahli Parlimen Labuan, Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman hari ini menafikan sekeras-kerasnya wujud paksaan, ugutan dan sogokan keatas empat Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Katanya, dakwaan Ahli Parlimen Machang, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal kononnya terdapat seorang individu berpangkat Datuk menjadi dalang utama memujuk empat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional untuk beralih arah menyokong pimpinan Perdana Menteri adalah tidak benar.
"Membuat dakwaan empat ahli parlimen Bersatu telah didatangi oleh seseorang individu dengan gelaran Datuk Botak, yang kononnya memberikan tekanan seperti mengugut, menjanjikan projek-projek dan memberi habuan wang tunai untuk sokong Perdana Menteri, terutamanya kepada diri saya - semua itu adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan kepada Bernama hari ini.
Dr Suhaili berkata, sokongannya kepada Perdana Menteri demi memastikan kelangsungan rakyat di kawasan Parlimen Labuan.
"Saya ingin mengulangi bahawa sokongan saya kepada Perdana Menteri adalah sukarela dan tanpa sebarang desakan atau tekanan.
Baru-baru ini, Wan Ahmad Fayhsal menerusi satu sidang akhbar mengatakan bahawa ada seorang individu berpangkat Datuk menjadi dalang utama memujuk empat Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional untuk beralih arah, menyokong pimpinan Perdana Menteri.
Sebelum ini, empat Ahli Parlimen Bersatu mengisytihar menyokong Anwar iaitu Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Dr Suhaili (Labuan), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Zahari Kechik (Jeli).
- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Labuan
#Suhaili Abdul Rahman
#Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal
#sogok Ahli Parlimen PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan