JOHOR BAHRU: Timbalan Presiden Amanah Datuk Seri Salahuddin Ayub berpendapat ahli parti komponen Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di peringkat akar umbi, tiada masalah untuk mengundi calon bukan daripada parti sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, tahun ini.
Ini kerana beliau percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon yang telah ditetapkan.
"Kita harap undi daripada PH akan dapat diterjemah dalam bentuk sokongan daripada BN dan begitu juga sebaliknya, transformasi ini penting, jadi saya harap dengan kesepakatan itu calon yang ditampilkan dapat sokongan sama ada PH atau BN," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Bersama Ahli Parlimen Pulai, di sini hari ini.
Beliau mengulas mengenai kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan semalam yang dilaporkan berkata pengundi UMNO perlu memilih calon daripada Kerajaan Perpaduan pada PRN tanpa mengira calon tersebut daripada parti mana termasuk DAP.
Salahuddin berkata berdasarkan pengalamannya, berada dalam gabungan parti politik, kebiasaannya ahli parti akan patuh dan undi calon yang telah dipersetujui oleh pemimpin mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023

Salahuddin percaya ahli parti PH dan BN, akan patuh serta memberikan sokongan dan undi kepada calon yang telah ditetapkan. - Bernama

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Polis Pakistan tumpas sindiket dalangi 328 pemindahan buah pinggang haram
Kumpulan itu akan mengenakan bayaran kepada pesakit tempatan US$10,000 dan mengenakan bayaran kepada warga asing US$35,000.

Pihak sorok beras akan diambil tindakan undang-undang - PM Anwar
Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran, mana-mana pihak yang didapati menyorok beras di negara ini akan diheret ke mahkamah.
Pertemuan Speaker: Keterjaminan makanan, perubahan iklim antara topik perbincangan
Mesyuarat melibatkan dua negara itu adalah merupakan langkah berterusan Parlimen Malaysia dalam meningkatkan kerjasama pelbagai hala antara Parlimen di negara Asia Tenggara.

Pengganti Salahuddin: "Jika ada cadangan, hantar surat kepada saya" - PM Anwar
Kekosongan jawatan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup susulan pemergian Datuk Seri Salahuddin Ayub, masih terbuka untuk diisi.

Dewan Rakyat bertafakur, rakam takziah pemergian Salahuddin
Ucapan takziah itu disampaikan Speaker, Tan Sri Johari Abdul pada hari pertama Persidangan Khas Dewan Rakyat pagi tadi.

PRK: PM Anwar ucap tahniah kepada Suhaizan, Nazri
Anwar turut menyatakan penghargaan kepada pengundi yang yakin terhadap usaha Kerajaan Perpaduan dalam membangun negara.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Hampir 206,000 pengundi jalan tanggungjawab
Proses pengundian bermula sehingga jam 6 petang ini dan mengikut waktu Pusat Mengundi diwartakan.

PRK: SPR jangka peratusan keluar mengundi lebih 70 peratus
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan peratusan keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram esok melebihi 70 peratus.

PRK Pulai: Cadang tambah lokasi jualan Rahmah di kawasan B40 - Suhaizan
Ini sekali gus meneruskan kesinambungan inisiatif yang diperkenalkan Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub.

PRK Pulai: Pusat undi awal dibuka, 927 pegawai, anggota polis tunai tanggungjawab
Begitu pun, tiada pengundian awal berlangsung di kerusi DUN Simpang Jeram hari ini.

PRK Pulai: 927 anggota, pegawai polis mengundi awal esok - SPR
Kedua-dua pusat mengundi awal akan dibuka serentak pada pukul 8 pagi, namun tempoh masa mengundi di Balai Polis Kempas adalah hingga 12 tengah hari.

PRK Pulai, Simpang Jeram: Siapa lebih menonjol?
Enjin jentera parti yang dulunya kelihatan 'suam-suam kuku' mungkin kini sudah bertukar kepada 'gear 4' menuju hari pengundian, 9 September depan.

PRK Pulai: Mohon sejak 2018, kami mahu sekolah Tamil di Kempas - Pengundi
Buat masyarakat India di Parlimen Pulai khususnya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kempas mereka sudah lama mengharapkan sebuah sekolah Tamil dapat dibina.