POLITIK
Ahli PKR perlu berusaha laku perubahan dengan sedaya upaya - PM Anwar
Anwar berkata Wilayah Persekutuan sejak awal menjadi antara benteng perjuangan PKR, namun kekuatan parti hanya akan bermakna sekiranya terus berpaksikan kepada nilai dan gerak kerja akar umbi. - Gambar Facebook Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk terus berpegang pada seruan islah mastata'tum, iaitu berusaha melakukan perubahan dengan sedaya upaya.
Anwar yang juga Presiden PKR berkata perkara itu dinyatakan beliau pada pertemuan bersama PKR Wilayah Persekutuan di Putrajaya, hari ini.
"Kita tidak mampu menyempurnakan segalanya dalam sekelip mata, tetapi reformasi ini tetap kita bawa ke hadapan, setahap demi setahap," kata beliau menerusi hantaran di Facebook.
Beliau berkata Wilayah Persekutuan sejak awal menjadi antara benteng perjuangan PKR, namun kekuatan parti hanya akan bermakna sekiranya terus berpaksikan kepada nilai dan gerak kerja akar umbi.
"Cabang-cabang mesti terus hidup dengan program yang benar-benar menyantuni rakyat tanpa mengira kaum, umur atau latar (belakang)," kata beliau.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata dalam menyusun langkah, teguran dan peringatan dalam perjuangan juga harus diraikan.
"Saya ucap terima kasih kepada semua yang berhimpun semalam, kerana ia berlangsung secara aman. Saya sentiasa bersedia mendengar apa jua teguran dan kritikan, namun sedikit kesal kerana tiada isu pokok yang diketengahkan. Yang kedengaran cuma satu: 'Turunkan Anwar'.
"Ketua pembangkang pula dikatakan mahu membawa usul undi tidak percaya. Silakan. Ini negara demokrasi. Usul itu satu proses yang sah. Jika cukup jumlah, bawa saja ke Parlimen," kata beliau.
Perdana Menteri berkata beliau juga tidak pernah mendakwa Kerajaan MADANI itu sempurna dan dalam masa sama tidak sombong untuk membetulkan kelemahan.
"Apa yang kurang, akan kita baiki. Apa yang belum selesai, akan kita usahakan. Namun reformasi itu mesti dilaksanakan secara berfasa agar dapat diterima, difahami dan berkekalan," kata Anwar.
Beliau berkata kerajaan juga mengambil langkah berani dan rasional dalam memastikan wang negara dapat dimanfaatkan oleh rakyat terbanyak dan membantu mengurangkan tekanan kos sara hidup, tanpa meruntuhkan asas ekonomi negara.
"Kita turunkan harga RON95 kepada RM1.99 untuk rakyat Malaysia dengan menarik subsidi daripada warga asing.
"Akhirnya, PKR mesti kekal sebagai parti masa depan, parti yang terbuka menerima teguran, matang dalam bertindak dan bersatu dalam tujuan.
"Kita bukan sempurna, tapi kita jujur dan selagi ada kejujuran serta semangat untuk membaiki, kita akan terus mara melangkaui mereka yang hanya tahu menjerit tanpa arah dan tawaran," kata Perdana Menteri.
-- BERNAMA