awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin

Astro Awani
Astro Awani
12/04/2021
10:57 MYT
Ahli UMNO diminta berhenti lagakan pemimpin parti - Hishammuddin
Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha untuk mengukuhkan parti amat penting pada masa ini. - Gambar fail
KLUANG: Ahli UMNO diminta untuk berhenti dari melaga-lagakan pemimpin termasuk cubaan untuk mewujudkan kem-kem tertentu.
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, usaha untuk mengukuhkan parti amat penting pada masa ini, kerana dilihat semakin banyak batu api di kalangan ahli politik yang ingin menjatuhkan pemimpin UMNO.
“Saya minta semua pihak cukup-cukuplah… tak berhenti. Banyak lagi agenda kita, saya dah nyatakan hari itu yang penting adalah kestabilan parti itu sendiri.
“Usaha untuk melaga-lagakan pemimpin, usaha untuk mewujudkan kem tertentu, melaga-lagakan kem-kem berkenaan mesti berhenti kerana sekarang usaha kita untuk mengukuhkan parti,” kata beliau yang juga Menteri Luar pada Program Malaysia Prihatin Sembrong di Dewan Majlis Perbandaran Kluang, Paloh, Johor.
Ketika diminta mengulas mengenai klip audio perbualan yang didakwa Datuk Seri Zahid Hamidi yang tular sejak Rabu lalu, Hishamuddin berkata, pendirian parti perlu diteguhkan dan ahli UMNO perlu berbalik kepada pendirian Majlis Tertinggi.
Jelas beliau, benar atau tidak rakaman audio tersebut, ia bukan satu perkara yang membimbangkan.
“Bagi saya yang penting ialah pendirian parti dan kalau kita balik kepada pendirian Majlis Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, jelas apa sebenarnya UMNO mahukan.
“Sama ada benar atau tidak, palsu atau tidak rakaman itu, tidak menjadi satu perkara yang membimbangkan saya kerana semua tahu pendirian parti daripada awal ialah “No Anwar, No DAP, Yes Bersatu” sehingga Pilihan Raya Umum ke-15,” katanya lagi.
Terdahulu, tular satu rakaman audio perbualan antara dua individu dengan suara yang menyamai Ahmad Zahid dan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa berlaku selepas Perhimpunan Agung UMNO.
Topic Berkaitan
#UMNO
#ahli UMNO
#laga pemimpin
#wujudkan kem
#Ahli Parlimen Sembrong
#Hishammuddin Hussein
#audio tular
#rakaman audio
#Zahid Hamidi
#Anwar Ibrahim
#DAP
#Bersatu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan