Ahli Umno perlu berkorban

Sinar Harian
Julai 28, 2018 01:40 MYT
Najmil (kiri) selalu memuat naik gambarnya ke dalam laman muka buku miliknya dan kebanyakan program itu ialah di PRK Sungai Kandis bersama calon BN bagi kawasan itu. - Foto Sinar Harian
Dalam situasi politik semasa, ahli UMNO perlu bekerja dengan kuat dan memerlukan pengorbanan dalam pelbagai bentuk bagi membantu parti.
Timbalan Ketua UMNO Kuala Terengganu, Datuk Dr Najmil Faiz Mohamed Aris berkata demikian berikutan menyedari keadaan terkini parti yang memerlukan sokongan orang dalam parti itu sendiri untuk mereka ‘bergerak’ lebih aktif.
Beliau yang kelihatan selalu ada bersama calon PRK Sungai Kandis, Datuk Lokman Noor Adam pada kempen di Selangor itu berkata, dia pergi untuk memberi sokongan moral pada parti dan dalam masa sama turut berkempen untuk calon.
“Saya pergi sendiri sahaja untuk bagi moral pada parti dan tolong kempen, memang tidak ada apa-apa bantuan kewangan pun, fisabilillah.
“Dalam keadaan sekarang, orang parti kena kerja lebih dan perlukan pengorbanan dalam pelbagai bentuk untuk membantu UMNO,” katanya kepada Sinar Harian.
Najmil yang juga Exco Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia menaruh harapan terhadap BN untuk menang bagi kawasan Sungai Kandis dalam PRK itu nanti.
#Dr Najmil Faiz Mohamed Aris #DUN #Exco Pergerakan Pemuda UMNO #kempen #Kuala Terengganu #Lokman Noor Adam #pilihan raya kecil #PRK #sungai kandis #UMNO