awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu

Bernama
Bernama
02/06/2023
04:03 MYT
Ahmad Faizal Pengerusi PN Negeri Sembilan yang baharu
Ahmad Faizal berkata pengambilalihan jawatan itu antara lain bagi membantu persiapan akhir jentera pilihan raya PN negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti. - Fail/Sinar Harian
SEREMBAN: Timbalan Presiden Bersatu Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hari ini mengesahkan beliau dilantik sebagai Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Negeri Sembilan berkuat kuasa serta merta.
Beliau menggantikan bekas Ahli Parlimen Kuala Pilah Datuk Eddin Syazlee Shith yang digugurkan daripada jawatan itu.
Ahmad Faizal berkata pengambilalihan jawatan itu antara lain bagi membantu persiapan akhir jentera pilihan raya PN negeri menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti.
"Datuk Eddin Syazlee tetap di dalam struktur kepimpinan. Beliau telah menjalankan tugas dengan baik.
"Usaha sekarang ialah untuk melibatkan kepimpinan pusat bagi menambah dan melicinkan perjalanan jentera parti," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Bagaimanapun Ahmad Faizal enggan mengulas sebab Eddin Syazlee digugurkan daripada jawatan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Faizal Azumu
#Pengerusi PN
#Negeri Sembilan
#PRN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan