awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Maslan lawan Hasni jawatan Ketua Bahagian Pontian

Astro Awani
Astro Awani
27/02/2023
11:53 MYT
Ahmad Maslan lawan Hasni jawatan Ketua Bahagian Pontian
Datuk Seri Ahmad Maslan (kiri) mengesahkan akan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian yang kini disandang oleh Datuk Seri Hasni Mohamad pada pemilihan akan datang.
KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan mengesahkan akan merebut jawatan Ketua UMNO Bahagian Pontian pada pemilihan akan datang.
Jawatan tersebut ketika ini disandang oleh Ahli Parlimen Simpang Renggam, Datuk Seri Hasni Mohamad.
"Di (peringkat) bahagian, saya akan berlawan persahabatan dengan Hasni, beliau Ketua Bahagian sudah lebih 20 tahun.
"Jadi saya kira, saya ingin menawarkan diri supaya difikirkan oleh perwakilan untuk bahagian Pontian," katanya dalam sidang media Parlimen pada Isnin.
Media tanya saya ttg pemilihan #UMNO. Saya tanding Ahli MKT. Skrng ini saya juga Ahli MKT & SUA. UMNO itu antara lain Untuk Memperbaiki Nasib Orang. Demi #ABATA Agama, Bangsa & Tanah Air. Saya juga tawarkan diri utk jawatan Ketua UMNO Bhg #Pontian. Moga perjuangan ini diberkati. pic.twitter.com/WSsumP6nF2
— Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) February 27, 2023
Selain itu, Ahli Parlimen Pontian itu berkata, beliau tidak akan merebut jawatan Naib Presiden walaupun ada pihak yang mahukan beliau mencabar jawatan berkenaan.
Sebaliknya, Ahmad berkata, beliau akan mempertahankan kedudukannya sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) yang dimenanginya pada pemilihan 2018.
Jelasnya lagi, keputusan itu juga dibuat kerana tidak mahu memecahkan undi perwakilan Johor yang kini menyaksikan tiga calon dari negeri berkenaan bertanding merebut jawatan tersebut.
"Di utara sudah ada Tok Det (Ketua UMNO Bahagian Padang Terap, Datuk Seri Mahdzir Khalid), di tengah ada Datuk Joe (Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Seri Johari Abdul Ghani), Pahang ada seorang (Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail).
"Cukuplah sekadar itu, saya tak perlu menambah jadi empat bagi Johor, nanti seorang pun tak menang," katanya lagi.
Sehingga pencalonan ditutup semalam, tujuh calon mengesahkan bertanding bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan UMNO.
Tujuh pemimpin itu termasuk dua penyandang, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin dan Mahdzir.
Turut bertanding ialah Johari, Hasni; Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said; Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican serta Wan Rosdy.
Topic Berkaitan
#Pemilihan UMNO
#Ahmad Maslan tak tanding Naib Presiden
#Ahmad Maslan lawan Hasni
#Ketua Bahagian Pontian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan