POLITIK
Ahmad Razif berterima kasih atas kepercayaan Najib

Ahmad Razif juga yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya. - Gambar fail
Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman berterima kasih terhadap kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk terus menerajui kepimpinan negeri.
Beliau pada masa sama turut menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak atas komitmen diberikan dalam menyelesaikan isu yang melanda terengganu sejak dua minggu lalu.
Dalam kenyataan ringkasnya, Ahmad Razif berkata pelbagai spekulasi dan tanggapan yang dibuat sejak minggu lalu terjawab.
Beliau menyeru semua kepimpinan negeri untuk terus bergerak ke hadapan dan terus berkhidmat untuk rakyat.
Ahmad Razif juga yakin apa yang berlaku ada hikmah dan pengajarannya.
"Saya harap selepas ini tiada lagi timbul sebarang persoalan dan andaian mengenai kedudukan beliau," kata Najib ketika ditemui dalam satu sidang media selepas menghadiri Sambutan Hari Pekerja Peringkat Kebangsaan 2016 di Dewan Tun Razak 1, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, hari ini.
Tambahnya, tumpuan ketika ini adalah untuk memastikan pentadbiran dan pembangunan berjalan lancar di Terengganu.
Baru-baru ini, Sultan Mizan melucutkan semua darjah kebesaran yang dianugerahkan kepada Ahmad Razif berkuatkuasa 22 April lalu.
Perkara itu dimaklumkan dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Terengganu.
Ahmad Razif merupakan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seberang Takir dan mula memegang jawatan Menteri Besar pada 12 Mei 2014.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami