awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN

Astro Awani
Astro Awani
11/12/2024
23:00 MYT
Ahmad Samsuri letak jawatan Bendahari Agung PN
Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN). - Gambar fail Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar mengumumkan melepaskan jawatan beliau sebagai Bendahari Agung Perikatan Nasional (PN).
Memetik laporan portal Harakahdaily pada Rabu, pengumuman peletakan jawatan berkenaan oleh Menteri Besar Terengganu itu dibuat menerusi satu kenyataan ringkas kepada barisan kepimpinan Pas Pusat.
Dalam kenyataan tersebut, Naib Presiden Pas itu berkata, beliau telah menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada pengurusan PN.
“Assalamualaikum kepada semua sahabat, saya ingin memaklumkan kepada semua bahawa saya, Ahmad Samsuri bin Mokhtar telah menghantar surat peletakan jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada hari ini, Rabu, 11 Disember 2024. Sekian. Harap maklum,” katanya dalam mesej ringkas kepada portal terbabit.
Sehingga kini, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pucuk pimpinan PN berhubung keputusan Ahmad Samsuri itu.
Ahmad Samsuri merupakan pemimpin berprofil tinggi dalam kepimpinan Pas yang juga antara parti komponen dalam PN.
Justeru, tindakan yang diambil beliau disifatkan sebagai sesuatu yang mengejutkan.
Topic Berkaitan
#Ahmad Samsuri Mokhtar
#Ahmad Samsuri letak jawatan
#Bendahari Agung PN
#MB Terengganu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan