awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid beri jaminan Makkal Sakti diberi kerusi pada PRU15

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/09/2021
06:44 MYT
Ahmad Zahid beri jaminan Makkal Sakti diberi kerusi pada PRU15
RS Thanenthiran memberitahu bahawa beliau turut mencalonkan dirinya sebagai salah seorang daripada calon untuk PRU-15. - Gambar Makkal Sakti
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) memberi jaminan untuk memberi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) kepada Parti Makkal Sakti Malaysia pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memberitahu, parti tersebut setia bersama perjuangan BN sekian lama dan ekoran itu wajar permintaan parti itu untuk mendapatkan kerusi dalam PRU akan datang ditunaikan.
"Saya telah berbincang dengan rakan-rakan dalam kepimpinan BN dan kita memutuskan untuk memberi tempat (kerusi) kepada calon-calon daripada Parti Makkal Sakti Malaysia.
"Maka ke arah itu kita perkuatkan kedudukan kita di mana di mata rakyat berbilang kaum dan agama di negara ini, mereka mengharapkan BN akan mengambil alih semula negara secara dominan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan ke-13 parti itu yang berlangsung secara dalam talian di sini, pada Ahad
Dalam pada itu, mengulas lanjut, Ahmad Zahid memberitahu, sejarah PRU14 seharusnya dijadikan panduan ikhtibar dan BN perlu bangkit semula.
"Dengan kehadiran dan sokongan Makkal Sakti bersama BN mampu melonjakkan semula kita (BN) semua sebagai sebuah parti komponen yang berdiri gigih semula," jelasnya.
Dalam pada itu, Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk Seri RS Thanenthiran memaklumkan bahawa, beliau meminta empat kerusi Parlimen dan tujuh kerusi DUN pada PRU15.
Pada masa yang sama, beliau mengesahkan bahawa beliau turut mencalonkan dirinya sebagai salah seorang daripada calon itu.
Walau bagaimanapun, katanya, ia terpulang kepada Ahmad Zahid sebagai Pengerusi BN untuk memutuskannya.
"Kami telah mengenal pasti calon-calon yang layak dan saya sendiri akan bertanding... itu pasti. Namun demikian ia terpulang kepada kepimpinan BN untuk menentukan kerusi-kerusi. Kami terima seadanya.
"Kami tak pernah berkonfrontasi, kami berkompromi," katanya pada sidang media di sini, pada Ahad.
Sementara itu, Thanenthiran memberitahu, dalam AGM kali ini, selain isu peruntukan kerusi pada PRU15, dua lagi resolusi yang dibentangkan adalah menyatakan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada BN terutamanya UMNO yang merupakan sebuah parti induk.
"Satu lagi resolusi adalah memohon agar Makkal Sakti diserap sebagai sebagai sebahagian daripada komponen BN," jelasnya.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Zahid Hamidi
#Makkal Sakti
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan