PUTRAJAYA: Persidangan Tahunan DAP 2023 melakar sejarah apabila Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghadiri persidangan itu buat kali pertama.

Antara ahli politik lain yang turut hadir pada persidangan itu Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Setiausaha Agung, Anthony Loke Siew Fook; Setiausaha Penganjur DAP, Steven Sim Chee Keong; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat, Rafizi Ramli; Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dan Saraswathy Kandasami turut menghadiri persidangan itu.

Pemimpin daripada Parti Amanah Negara (Amanah) turut dilihat hadir antaranya Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Timbalannya, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa.

Ia merupakan persidangan pertama sejak pembentukan Kerajaan Perpaduan selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) tahun lalu dan diadakan di Hotel Marriott, Putrajaya pada jam 10 pagi hari ini.

Sebanyak 1,530 wakil cawangan dari seluruh negara dan melibatkan 3,868 perwakilan menghadiri persidangan itu. Jumlah itu penglibatan itu mencatatkan peningkatan berbanding kongres DAP tahun lalu.

Selain kehadiran perwakilan peringkat cawangan, semua ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Senator adalah wakil pada persidangan itu. - Sinar Harian