awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lereng bukit setinggi 20 kaki runtuh di Taman Bukit Teratai Ampang
PM Anwar, Ahli Parlimen Kerajaan hadir taklimat prapersidangan Dewan Rakyat
DAP kekal prinsip penyandang asas pembahagian kerusi pilihan raya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ahmad Zahid mohon maaf atas kekhilafan kata

Bernama
Bernama
08/07/2025
13:23 MYT
Ahmad Zahid mohon maaf atas kekhilafan kata
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf di atas kekhilafan kata-katanya yang mengaitkan perumpamaan tentang malaikat dalam konteks tekanan yang dihadapi ketika memegang amanah sebagai Presiden UMNO. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memohon maaf di atas kekhilafan kata-katanya yang mengaitkan perumpamaan tentang malaikat dalam konteks tekanan yang dihadapi ketika memegang amanah sebagai Presiden UMNO.
Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu menjelaskan bahawa kenyataan tersebut dibuat dalam suasana penuh emosi sebagai usaha untuk menggambarkan ujian yang dihadapinya sebagai pemimpin.
"Namun saya akui, perbandingan tersebut telah mencetuskan kekeliruan dan boleh disalah tafsir.
"Sebagai seorang Muslim dan pemimpin parti yang menjunjung tinggi nilai dan prinsip Islam serta tradisi keilmuan, saya dengan rendah hati memohon ampun kepada Allah SWT dan meminta maaf kepada semua atas kekhilafan dalam keterlanjuran lafaz kata-kata ini," katanya.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata beliau menerima setiap teguran dengan hati yang terbuka.
"Saya percaya, nilai seorang pemimpin bukan hanya terletak pada ketepatan tutur katanya, tetapi juga pada keikhlasannya untuk menginsafi, memperbaiki diri dan belajar daripada kesilapan.
"Mudah-mudahan Allah SWT membimbing setiap langkah dan tutur kita semua agar sentiasa berada dalam adab yang mulia, terpelihara akidah dan berpaut teguh pada kebenaran yang hakiki," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Zahid Hamidi
#mohon maaf
#kekhilafan kata
#MALAIKAT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan