awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
PM Anwar ucap selamat kembali ke sekolah
Pemandu warga Pakistan maut SUV rempuh tembok Plaza Tol Sungai Dua
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Air mata buka tirai Perhimpunan Agung UMNO 2019

Rahimah Abdullah, Sahlizah Mohamed
Rahimah Abdullah, Sahlizah Mohamed
06/12/2019
03:05 MYT
Air mata buka tirai Perhimpunan Agung UMNO 2019
Badruddin mahu pengorbanan pemimpin terdahulu dicontohi anak muda sekarang. - Astro AWANI
Suasana pembukaan Perhimpunan Agung UMNO 2019 berlangsung pada pagi menjadi sayu apabila Pengerusi Tetap Tan Sri Badruddin Amiruldin menceritakan kisah pemimpin terdahulu yang berjuang demi kemerdekaan tanah air.
Dalam keadaan sebak, Badruddin berkata, beliau yang ketika itu masih kecil turut menyaksikan sendiri bagaimana Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mencari sumber kewangan untuk menuntut kemerdekaan di London.
"Marilah kita sedekah Al'-Fatihah kepada pejuang UMNO yang kembali ke rahmatullah. Sedar atau tidak, tanggal 6 Disember 1990 kembalinya ke rahmatullah Almarhum Tunku Abdul Rahman," katanya semasa Majlis Perasmian Perhimpunan Agung UMNO 2019 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini pada Jumaat.
Malah, lebih menyedihkannya beliau sendiri menyaksikan bagaimana orang kampung yang ketika itu hidup susah turut menderma walaupun kais pagi makan pagi, kais petang makan petang.
"Beliau adalah Bapa Malaysia dan saya masih terdengar masa kecil apabila Almarhum pergi ke Yan mencari duit untuk menuntut kemerdekaan. Beliau kata kepada orang kampung nak pergi ke London tetapi kita tiada duit.
"Tunku mengalirkan air mata dan berpesan beliau tahu orang Yan susah. Tidak apalah, ada berapa pun, bagilah, sebab Pak Ku nak pergi London untuk menuntut kemerdekaan.
"Kutipan malam itu saya kira, saya pun beri duit nak pergi sekolah dalam lima kupang (50 sen). Malam itu dapatlah kumpul dalam lebih RM200," ujarnya.
Justeru, beliau mahu pengorbanan pemimpin terdahulu dicontohi anak muda sekarang.
Topic Berkaitan
#Badruddin Amiruldin
#derma
#kemerdekaan
#orang kampung
#PAU2019
#Perhimpunan Agung UMNO
#PWTC
#Tunku Abdul Rahman
#UMNO
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan