[TERKINI] Krisis Iran-Israel Meluas | Serangan AS ke Tapak Nuklear Cetus Kebimbangan Global – Ini Apa yang Kita Tahu Setakat Ini
POLITICS

'Akhirnya, UMNO tetap dengan solidariti, setiakawan'

Sinar Harian 27/08/2022 | 23:02 MYT
Ahmad Zahid (kanan) bersalaman dengan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kiri) pada Mesyuarat Khas MKT UMNO di WTCKL pada malam Sabtu. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Objektif utama perbincangan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO pada malam Sabtu masih lagi untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, perbincangan mesyuarat yang mengambil masa selama tiga jam itu telah berjaya diselesaikan dengan baik.
"Baru selesai tiga jam mesyuarat MKT. Semua adalah baik.
"Kita boleh jadi bising dan riuh rendah pada masa-masa tertentu, tetapi akhirnya cara UMNO yang menang. Solidariti dan setiakawan.
"Objektif utama masih memenangi PRU15 untuk membawa kestabilan dan kemakmuran kepada negara," katanya dalam ciapan di Twitternya pada Sabtu.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Sabtu, Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Sesi Taklimat Khas berkata, mesyuarat MKT parti pada malam ini akan membincangkan persediaan jentera parti ke arah PRU15. - Sinar Harian
#Abdul Rahman Dahlan #PRU15 #solidariti #Majlis Tertinggi UMNO