awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu

Astro Awani
Astro Awani
23/07/2023
07:35 MYT
Amanah bertanding di 31 DUN, Mahfuz di Alor Mengkudu
Datuk Mahfuz Omar diumumkan sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi DUN Alor Mengkudu, Kedah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (Amanah) akan mempertaruhkan 31 calon pada Pilihan Raya Negeri yang akan berlangsung di enam negeri pada 12 Ogos nanti.
Presiden Amanah, Datuk Seri Mohamad Sabu memaklumkan partinya mempertaruhkan 15 muka baharu dengan 44 peratus calon muda dan wanita.
Antara yang tersenarai ialah Datuk Mahfuz Omar sebagai calon Pakatan Harapan (PH) di kerusi DUN Alor Mengkudu, Kedah.
Selain Mahfuz, Amanah juga mengekalkan Muhammad Faiz Fadzil untuk bertanding di kerusi DUN Permatang Pasir dalam kawasan Parlimen Permatang Pauh.
"Untuk kerusi DUN Bandar dan Tepoh di Terengganu masih dalam perbincangan dan ia akan diselesaikan secepat mungkin," katanya ketika sidang media pengumuman calon pada Ahad.
Selain itu, Amanah akan bertanding di dua kerusi masing-masing di Pulau Pinang dan Negeri Sembilan, selain sembilan di Selangor, Kelantan (tujuh) dan Kedah (sembilan).
Di Terengganu, setakat ini Amanah hanya mengesahkan meletakkan calon mewakili PH di kerusi DUN Batu Burok dan Rhu Rendang yang akan diwakili oleh Mohd Zamil Ghazali dan Suhaimi Sulaiman.
Topic Berkaitan
#PRN
#Amanah
#Mohamad Sabu
#senarai calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan