awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
Benzema sah sertai Al‑Hilal selepas tinggalkan Al‑Ittihad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah nafi Ahli Parlimen Temerloh kritikal

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2019
21:21 MYT
Amanah nafi Ahli Parlimen Temerloh kritikal
Amanah menafikan khabar angin mengatakan Mohd Anuar kritikal selepas diserang strok. -Gambar fail
Parti Amanah Negara (Amanah) menafikan khabar angin mengatakan Ahli Parlimen Temerloh, Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir berada dalam keadaan kritikal selepas diserang strok sejak sebulan lalu.
Timbalan Setiausaha Agung Amanah, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus berkata perkembangan kesihatan Mohd Anuar yang juga timbalan menteri kerja raya itu amat positif dan stabil selain boleh berkomunikasi dengan baik.
Menurutnya, Mohd Anuar menunjukkan tindak balas memberangsangkan sepanjang tempoh menerima rawatan dan tahap kesihatan memuaskan.
"Amanah menafikan khabar angin tersebut. Doktor yang merawat beliau turut mengesahkan tiada pembedahan yang akan dijalankan ke atas beliau sebagaimana berita yang tular di media sosial.
"Untuk makluman lanjut, Mohd Anuar yang juga Setiausaha Agung Amanah mula menjalani rawatan fisioterapi pada awal minggu ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Abang Ahmad Kerdee berkata, pihaknya berharap orang ramai dapat mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Mohd Anuar.
Mohd Anuar dimasukkan ke unit Neuro HWD (Neuro High Dependency Ward) Institut Kaji Saraf Tun Abdul Rahman Hospital Kuala Lumpur sejak bulan lalu akibat strok.
Topic Berkaitan
#Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus
#Ahli Parlimen Temerloh
#diserang strok
#Mohd Anuar Mohd Tahir
#Neuro HWD
#Parti Amanah Negara
#Setiausaha Agung Amanah
#tahap kesihatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan