awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amanah Perak pertaruh 4 kerusi Parlimen, 12 DUN

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
17/04/2018
06:28 MYT
Amanah Perak pertaruh 4 kerusi Parlimen, 12 DUN
Dr Mohd Hatta Ramli, Mujahid Yusof, Tarmizi dan Mohammad Nizar antara calon Amanah di Perak. - Astro AWANI/Harits Asyraf Hasnan
Parti Amanah Negara (Amanah) Perak hari ini bakal bertanding di empat kerusi Parlimen dan 12 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi berkata parti itu mencalonkan penyandang kerusi Parlimen Kuala Krai yang juga pengarah pilihan raya parti, Dr Mohd Hatta Ramli, di kerusi Parlimen Lumut.
"Selain itu, Naib Presiden Amanah yang juga penyandang Parlimen Parit Buntar iaitu Datuk Mujahid Yusof Rawa juga dikekalkan bertanding di kerusi sama.
"Bekas profesor fizik Universiti Teknologi Malaysia, Ahmad Termizi Ramli, yang kita calonkan semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar, akan kekal bertanding di Parlimen sama.
"Timbalan Pengerusi Amanah Wilayah Persekutuan, Tarmizi Mohd Jam pula akan dicalonkan di kerusi Parlimen Parit," katanya pada sidang media memperkenalkan calon Pakatan Harapan dari parti itu di Wisma Amanah di sini, hari ini.
Kesemua mereka kecuali Mujahid merupakan anak tempatan yang dipertaruhkan di kawasan-kawasan yang dijangka bakal ditandingi calon UMNO dari Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, Timbalan Pengerusi Amanah Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin pula akan bertanding di DUN Sungai Rapat.
Amanah Perak juga mencalonkan calon bukan Islam, Tan Seng Toh di DUN Ayer Kuning.
Amanah Perak turut memperkenalkan calon paling muda, berusia 26 tahun, iaitu Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis yang juga cicit kepada tokoh ulama terkemuka, Syeikh Abu Bakar Al-Baqir untuk bertanding di DUN Selinsing.
Topic Berkaitan
#Amanah
#Amanah Perak
#Asmuni Awi
#calon Amanah
#MalaysiaMemilih
#Mohd Hatta Ramli
#Mujahid Yusof
#Nizar Jamaluddin
#Parti Amanah Negara
#pilihan raya umum
#PRU14
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan