POLITIK
Amanah sasar maksimum tiga kerusi di PRN Sabah
Khalid berkata Amanah akan terus bergerak dalam kerangka Pakatan Harapan dan sentiasa mempertimbangkan situasi semasa termasuk cabaran daripada gabungan parti-parti lain di Sabah. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Parti Amanah Negara (Amanah) menyasarkan untuk bertanding maksimum tiga kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, namun jumlah sebenar masih dalam proses rundingan.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abdul Samad berkata, rundingan pembahagian kerusi masih berjalan dan dijangka hanya dimuktamadkan pada saat akhir menjelang PRN nanti.
“Rundingan masih belum selesai, tetapi kita tidak banyak kerusi di Sabah. Paling banyak pun tiga, kalau tidak dua, minimum satu kerusi. Amanah bukan parti yang besar di Sabah,” katanya dalam sidang akhbar pada Isnin.
Sebelum itu, beliau merasmikan Hari Sukan Negara 2025 peringkat Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) yang diadakan di Pusat Latihan Pertanian (PLP) Jambu Merah di sini.
Menurut beliau, politik di Sabah sangat kompleks memandangkan terdapat banyak parti dan pelbagai gabungan, menjadikan rundingan kerusi memerlukan penelitian mendalam.
Ujarnya, disebabkan itu, proses menentukan kerusi bukan perkara mudah dan perlu dilaksanakan secara realistik.
Khalid turut memaklumkan bahawa Amanah akan terus bergerak dalam kerangka Pakatan Harapan dan sentiasa mempertimbangkan situasi semasa termasuk cabaran daripada gabungan parti-parti lain di negeri itu.
“Apabila kita bertanding di Sabah, kita perlu fikir juga pihak yang akan kita hadapi. Banyak parti tempatan dan nasional bertanding, jadi strategi perlu diteliti,” jelasnya. - Sinar Harian