Skip to main content

Politik

Aminuddin menghadap Tuanku Muhriz hampir dua jam

SEREMBAN – “Biasa-biasa hari Rabu.”  Demikian reaksi ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika ditanya pemberita mengenai kehadirannya ke Istana Hinggap pada Rabu.
Aminuddin melambai tangan kepada pengamal media sebaik kenderaannya keluar daripada Istana Hinggap. - Foto Sinar Harian

SEREMBAN: “Biasa-biasa hari Rabu.”

Demikian reaksi ringkas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun ketika ditanya pemberita mengenai kehadirannya ke Istana Hinggap hari ini.

Beliau sebelum itu dilihat memasuki pekarangan istana kira-kira jam 9.05 pagi sebelum keluar pada jam 10.47 pagi.

Turut mengiringi Pengerusi Pakatan Harapan(PH) Negeri Sembilan itu ialah Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Sememangnya menjadi rutin Aminuddin untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada setiap hari Rabu sebelum mempengerusikan Mesyuarat Majlis Kerajaan di Wisma Negeri.

Bagaimanapun, rutin tersebut kali ini menarik perhatian pengamal media susulan dakwaan mengenai kemungkinan Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan dalam masa terdekat.

Dijangka pada 1.30 tengah hari ini Aminuddin akan mengadakan sidang media selepas mesyuarat Exco.

Media hari ini melaporkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH) bersama beberapa pemimpin parti mula hadir ke Kediaman Rasmi Menteri Besar seawal jam 9.30 pagi semalam.

Kehadiran mereka dipercayai bagi menghadiri mesyuarat khas berkaitan dengan pembubaran DUN.

Bagaimanapun Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin berkata, mesyuarat yang dipengerusikan oleh Aminuddin itu bukanlah mesyuarat khas seperti yang diperkatakan.

“Mesyuarat berlangsung dalam suasana yang harmoni dengan semangat keluarga PH Negeri Sembilan. Kami membincangkan kesiapsiagaan jentera pilihanraya PH untuk PRN yang bakal menjelang,” kata Ahli Parlimen Rasah itu menerusi akaun Facebook miliknya. - Sinar Harian

 

Must Watch Video

Advertisement