awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang isu lambakan barangan import dimasukkan dalam terma, rujukan jawatankuasa khas
Lebih 4,000 kes kanser direkod sejak 2022 di Melaka - Ngwe
Belum ada garis masa bawa penambahan kerusi DUN Sarawak ke Parlimen - Alexander
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Amira Aisya tidak akan kosongkan kerusi DUN Puteri Wangsa

Sinar Harian
Sinar Harian
14/09/2023
07:48 MYT
Amira Aisya tidak akan kosongkan kerusi DUN Puteri Wangsa
Amira Aisya duduk sebaris blok Perikatan Nasional (PN) pada sidang DUN Johor. - Foto Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Puteri Wangsa, Amira Aisya Abd Aziz tidak akan mengkhianati mandat rakyat yang diberikan kepadanya pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, Mac tahun lalu.
Timbalan Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) itu berkata, beliau tidak akan mengosongkan kerusi DUN terbabit sebaliknya mahu terus berkhidmat di Puteri Wangsa dan membantu negeri Johor.
Jelasnya, mandat rakyat merupakan janji dan perjuangan yang dikongsi bersama Pakatan Harapan (PH) yang disebut sewaktu dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) untuk menentang salah laku rasuah.
"Isu kerusi ini adalah mandat rakyat yang telah diberikan, dan ada yang kata mandat rakyat itu atas tiket PH, tetapi ini adalah janji yang dipersetujui untuk menentang segala bentuk rasuah, kleptokrasi dan salah laku, janji-janji itu saya masih pegang sehingga ke hari ini.
"Jadi, kalau katakan saya perlu kosongkan kerusi Puteri Wangsa kerana membelakangkan janji, saya hendak bertanya siapa yang sepatutnya perlu kosongkan kerusi sekarang ini," katanya pada sidang akhbar selepas sidang DUN Johor di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar di sini pada Khamis.
Selasa lalu, Timbalan Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan memberi pilihan sama ada menyertai Amanah atau meletak jawatan sekali gus mengosongkan kerusi berkenaan.
Amira Aisya berkata, Aminolhuda perlu mengingatkan asas dan prinsip perjuangan antara Muda dan PH pada ketika bukanlah hanya untuk mendapatkan kerusi semata-mata.
Beliau berkata, kerusi yang dimenangi oleh Muda iaitu kerusi Parlimen Muar dan DUN Puteri Wangsa bukan milik sesuatu parti sebaliknya adalah kerusi rakyat.
"Kerusi ini milik rakyat dan mereka yang menentukan tetapi apa yang paling penting adalah janji-janji yang kita berikan kepada rakyat
"Sebab tu bila PRN Johor, kita sebut untuk melawan korupsi sama ada di peringkat negeri dan juga persekutuan. Dalam ucapan saya semasa PRU juga banyak menyebut untuk komited menghantar Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ke penjara.
"Bagi saya tidak bagus sekiranya kita sudah berceramah sebut itu tetapi akhirnya kita sendiri membelakangkan janji kita kepada rakyat," katanya.
Keputusan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menarik sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan didakwa tidak menjejaskan kedudukan kerajaan dalam usaha memacu ekonomi negara khususnya menarik minat pelabur asing.
Sebelum ini Isham Jalil mendedahkan nama beliau mungkin tersenarai sebagai antara ahli yang akan dipecat pada mesyuarat parti itu minggu ini kerana mendakwa tidak mahu mempromosi DAP.
Artikel asal ini diterbitkan di portal Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Amira Aisya Abd Aziz
#Timbalan Presiden MUDA
#Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
#ADUN Puteri Wangsa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan