HULU KELANG: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari meletakkan keyakinan mampu menang kerusi Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditandinginya pada Pemilihan PKR 2022.
Beliau yang turut bertanding mempertahankan kerusi Ketua Cabang Gombak berkata, walaupun Pemilihan PKR masih di peringkat awal namun maklum balas diterima hasil pertemuan bersama anggota parti memberangsangkan.
Bagaimanapun katanya, gambaran menyeluruh sokongan pemilihan tersebut belum dapat dipastikan susulan terdapat negeri yang tinggi pengundi seperti di Selangor belum memulakan proses pengundian.
"Pertemuan saya bersama anggota sangat menyakinkan dan sokongan undi ke atas saya akan dilakukan. Namun, kita tidak mahu menafikan kekuatan dan kemampuan rakan-rakan lain yang bertanding bagi jawatan sama.
"Kita serahkan kepada kebijaksanaan anggota untuk memilih," katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Selangor Peringkat Gombak di Tapak Bazar Ramadan Taman Melawati di sini, pada Isnin.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas perkembangan Pemilihan PKR secara fizikal yang sedang berlangsung secara berperingkat bermula Terengganu dan Kelantan pada13 Mei lalu.
Pemilihan PKR di Selangor akan berlangsung pada 21 Mei dan diakhiri di negeri Perak serta Sarawak pada 22 Mei depan.
Pemilihan PKR pada kali ini memperkenalkan pengundian secara dalan talian di aplikasi Adil pada 18 Mei hingga 20 Mei sebagai pilihan kepada anggota yang tidak mahu mengundi secara fizikal.
* Artikel asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Tue May 17 2022

Amirudin berucap pada Majlis Mesra Aidilfitri 2022 dan Rapat Mega #KitaSemuaKeadilan Aspirasi Kota Raja di Dewan Tulip Majlis Bandaraya Shah Alam Bukit Naga Seksyen 32 Shah Alam, 16 Mei 2022. --fotoBERNAMA
![[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021 [INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976270/8967789641656759694098_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021
Indeks Harga Pengguna 2021

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Roboh Stadium Shah Alam masih dalam perbincangan
Cadangan dan perancangan masa depan Stadium Shah Alam akan diumumkan pada 16 Julai ini.

'Masa depan Stadium Shah Alam diputuskan dalam masa terdekat'
Pembangunan semula itu juga akan membabitkan Stadium Melawati sebelum tindakan selanjutnya diumumkan tidak lama lagi.

SELBIZ 2022 sasar RM5 juta transaksi jualan - PKNS
160 gerai jualan akan dibuka dengan sasaran 10,000 pengunjung selain memfokuskan kepada PKS dan pemula niaga (start-up).

Kesejahteraan rakyat lebih utama berbanding isu perkauman sempit - Anwar
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelaskan isu kesejahteraan rakyat lebih penting berbanding membawa isu perkauman sempit.

Pembangunan terperinci Kompleks Sukan Shah Alam akan diumum Julai - MB
Pengumuman terperinci mengenai pembangunan Kompleks Sukan Shah Alam (KSSA), yang turut merangkumi Stadium Melawati di Seksyen 13, di sini akan dibuat bulan hadapan.

Pemilihan PKR: Azmin ucap tahniah kepada Amirudin
Keputusan menunjukkan Amirudin memperoleh 1,858 undi iaitu 351 undi secara fizikal dan 1,507 undi secara dalam talian.

Pemilihan PKR 2022: Farhash bantah, gesa audit forensik, Amirudin ucap terima kasih
Farhash berkata, bantahan rasmi akan dikemukakan untuk menyiasat ketelusan keputusan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada Ahad.

Pemilihan PKR 2022: Amirudin menang di Gombak, Shamsul Iskandar kalah di Hang Tuah Jaya
Shamsul yang mendapat 379 undi tewas kepada Mohd Rafee Ibrahim yang memperolehi 488 undi di cabang Hang Tuah Jaya

Pemilihan PKR: Amirudin dijangka menang selesa
Amiruddin dikatakan mendahului jumlah undian ketika ini.

Amirudin sedia bertemu persatuan, pembekal ayam
Beliau berkata, isu tersebut perlu diselesaikan secepat mungkin kerana ia memberi kesan kepada banyak pihak khususnya pengguna dan penternak.