POLITICS

Ampunkan Anwar, buktikan kita ada perikemanusiaan - Zaid Ibrahim

Astro Awani 25/02/2015 | 07:09 MYT
Zaid Ibrahim dalam tweet-nya menggesa para pemimpin dan sarjana Islam memberi sokongan terhadap langkah memohon pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim. -Gambar fail
"Sebagai sebuah negara Islam yang mendapat rating tinggi dalam maqasid as syariah, perikemanusiaan perlu dijadikan teras. Maafkan Anwar bagi membuktikannya."

Itu kata bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim dalam tweet-nya yang menggesa para pemimpin dan sarjana Islam memberi sokongan terhadap langkah memohon pengampunan diraja buat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Beliau turut mencabar ulama PAS untuk menyokong langkah memohon pengampunan diraja itu.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.


Zaid juga menamakan dua ahli politik, bekas Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Mokhtar Hashim dan bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Harun Idris yang pernah diberi pengampunan diraja sebelum ini.

An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Mokhtar telah dijatuhi hukuman mati kerana menembak saingan politiknya, Datuk Mohd Taha Talib pada tahun 1982. Hukuman mati itu kemudiannya dikurangkan kepada penjara seumur hidup.

Harun yang merupakan MB Selangor paling lama berkhidmat, didakwa dengan rasuah dan dijatuhi hukuman enam tahun penjara pada tahun 1976.

Semalam, keluarga Anwar telah mengemukakan petisyen bagi pengampunan diraja daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah pada saat akhir.

Dalam satu kenyataan, anak kedua Anwar, Nurul Nuha, 31, berkata, petisyen itu dibuat berdasarkan kepada Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Keluarga itu juga meletakkan keyakinan mereka kepada institusi Raja Berperlembagaan dalam perkara itu.

#Anwar Ibrahim #Pengampunan Diraja #Taha Talib #Zaid Ibrahim