KUALA TERENGGANU: UMNO Terengganu perlu melakukan perubahan drastik dengan memberi peluang kepada golongan pelapis muda untuk memimpin parti itu bagi memastikan ia terus 'bernyawa'.
Bekas Ketua Penerangan UMNO Terengganu, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar berkata, ia melibatkan penstrukturan semula lapisan kepimpinan bermula akar umbi sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi parti berkenaan.
Jelas beliau, ia perlu dilakukan kerana sudah tiada ruang selesa buat parti itu sekiranya mahu terus diterima rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) akan datang.
"Sekiranya UMNO masih dengan pendekatan sekarang, macam mana mahu dapat hasil berbeza pada PRU16 nanti.
"Semua pemimpin tertinggi di peringkat negeri dan nasional perlu bertanggungjawab atas kekalahan besar dalam PRU15 dan PRN (pilihan raya negeri) serta berlapang dada untuk berundur demi parti," katanya ketika dihubungi di sini, pada Jumaat.
Menurut Wan Abdul Hakim, sehingga kini UMNO dilihat tidak mengambil sebarang langkah bagi membentuk gaya kepimpinan baharu untuk mendekati pengundi terutama pengundi muda.
"Saya lihat ketika PRN lalu hampir tidak kelihatan sebarang 'taktik pertempuran' khususnya di Terengganu. Jika ada di saat akhir pun, ianya tidak lagi berkesan," ujar beliau.
Wan Hakim yang merupakan anak kepada bekas Menteri Besar Terengganu, Allahyarham Tan Sri Wan Mokhtar turut mengimbau episod kekalahan yang pernah dialami Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya 1999.
Katanya, ketika itu, arwah bapanya serta barisan kepimpinan lain sebulat suara mengundur diri bagi memberi ruang kepada barisan pelapis muda.
Jelas beliau, langkah itu berhasil apabila BN berjaya menawan kembali Terengganu pada pilihan raya 2004 dengan diterajui oleh Tan Sri Idris Jusoh.
"UMNO Terengganu perlukan figura politik baharu yang lebih muda dengan idea lebih segar serta bernas untuk membawa cabaran mencapai kemenangan.
"Jika strategi yang diatur betul dan tersusun mengikut data, gerak kerja juga diatur secara rapi dan memberi tumpuan menangani isu-isu asas (bread and butter), saya percaya tak mustahil UMNO Terengganu kembali memenangi hati rakyat dalam tempoh empat tahun lagi, "katanya.
Dalam pada itu, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Putih itu menyifatkan gelombang kemaraan PN pada PRU15 dan PRN baru-baru ini sekadar trend semasa kerana rakyat tidak mahu lagi negara diterajui UMNO yang sering dimomokkan sebagai parti rasuah.
Beliau mendakwa naratif itu berjaya dimainkan hingga pengundi terpengaruh dengan 'kesucian' PN sedangkan pemimpin utama gabungan parti itu juga terpalit dengan beberapa kes rasuah.
"Apa yang penting ketika ini adalah UMNO perlu bangkit semula dan menjuarai isu-isu rakyat.
"UMNO juga perlu menawarkan solusi yang realistik serta pelan pembangunan untuk terus membawa Malaysia menjadi negara maju mengikut acuan sendiri," katanya.
PRN Terengganu pada 12 Ogos lalu menyaksikan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih semua 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Terengganu dan semua lapan kerusi Parlimen dalam PRU15 yang berlangsung pada November 2022. - Sinar Harian
Sinar Harian
Fri Sep 01 2023

Menurut Wan Abdul Hakim, sehingga kini UMNO dilihat tidak mengambil sebarang langkah bagi membentuk gaya kepimpinan baharu untuk mendekati pengundi terutama pengundi muda. - Foto Sinar Harian
13 maut dalam kebakaran asrama di Almaty
Sekurang-kurangnya 13 maut akibat kejadian kebakaran asrama yang berlaku Almaty, Kazakhstan, awal pagi Khamis.
Penternak anjing protes berhampiran pejabat Presiden Korea Selatan
Kira-kira 200 penternak anjing di Korea Selatan menganjurkan protes berhampiran pejabat Presiden di Seoul, mendesak kerajaan membatalkan rancangan mengharamkan amalan kontroversi memakan haiwan itu sejak beberapa abad lalu.
Pemberhentian perang Israel-Palestin dilanjutkan sehari
Israel dan Hamas hari ini bersetuju melanjutkan pemberhentian perang selama sehari lagi, enam minit sebelum perjanjian pemberhentian perang selama enam hari sebelum ini tamat.
Tebusan warga Thailand tiba di Bangkok
Ketibaan 17 tebusan warga Thailand yang ditahan di Semenanjung Gaza tiba di Bangkok pada petang Khamis, disambut ahli keluarga yang menunggu kepulangan mereka.
Persidangan bermula, bincang pembiayaan projek iklim, nilai kemajuan
Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (COP28) bermula di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bagi membincangkan isu mendesak berkaitan pemanasan global serta menilai kemajuan interim yang dicapai oleh masyarakat antarabangsa sejak Perjanjian Paris ditandatangani.
Delegasi, syarikat minyak perlu bekerjasama tangani perubahan iklim
Presiden COP28, Sultan Al Jaber menggesa pada delegasi untuk mencari titik persamaan dalam dasar bagi memenuhi matlamat iklim global.
Malaysia-India komited teroka bidang kerjasama baharu
Timbalan Menteri Luar, Datuk Mohamad Alamin mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya, Menteri Hal Ehwal Luar dan Pendidikan India, Dr Rajkumar Ranjan Singh di Kuala Lumpur pada Khamis
Perdana Menteri terima kunjungan hormat Prabowo
Menganggap Prabowo sebagai sahabat lama, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pertemuan itu membincangkan pelbagai isu terkait kepentingan bersama Malaysia dan Indonesia.
Malaysia pertama di Asia Tenggara guna rangkaian komunikasi 4G
Malaysia bakal melakar sejarah sebagai negara pertama di Asia Tenggara yang melaksanakan rangkaian komunikasi LTE-Railway (LTE-R) menggunakan 4G pada kereta api penumpang di Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sepanjang 665km.
Kibar bendera Israel, lelaki dipenjara 6 bulan, denda RM500
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan didenda RM500 oleh Mahkamah Majistret Marang atas kesalahan menggantung dan mengibar bendera Israel.

PRK Kemaman: Jangan pilih Ahli Parlimen 'separuh masa' - Bekas ADUN
Wan Abdul Hakim berkata adalah sesuatu yang merugikan pengundi di Parlimen itu sekiranya pemimpin yang diangkat nanti tidak dapat berkhidmat sepenuh masa kerana mempunyai komitmen lain.

Angkat pemimpin muda jika UMNO mahu terus 'hidup'
Ia melibatkan penstrukturan semula lapisan kepimpinan bermula akar umbi sehingga ke peringkat kepimpinan tertinggi parti berkenaan.

Bekas MB Terengganu Wan Mokhtar Ahmad meninggal dunia
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira jam 6.20 pagi tadi di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.

Sistem MyApps tambah baik pengurusan banjir Kemaman
Sistem itu membolehkan pihak pengurusan banjir mengetahui bilangan sebenar mangsa banjir dan seterusnya memudahkan pengagihan bekalan makanan serta keperluan.

Dakwaan ADUN PAS tentang ADUN BN tidak masuk akal - BNBBC Terengganu
Dakwaan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chukai Hanafiah Mat daripada PAS kononnya beberapa ADUN Barisan Nasional (BN) mahu menjadi wakil rakyat Bebas adalah tidak masuk akal.