KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa hari ini menegaskan beliau memiliki track record atau rekod baik dan sentiasa setia kepada UMNO walaupun pernah dikritik pelbagai pihak kerana lantang bersuara selain dilabel sebagai duri dalam daging dalam parti itu.
Bagi beliau, 34 tahun menjadi Ketua UMNO Bahagian Ketereh serta lebih 40 tahun menjadi ahli parti dengan nombor keahlian 124, bukanlah suatu tempoh singkat meskipun mengakui mempunyai pendapat berbeza dengan pimpinan parti dan pandangan tersendiri dalam beberapa perkara tertentu sejak dahulu lagi.
Menekankan bahawa kesemua perbezaan itu bukan sesuatu bersifat peribadi, Annuar berkata beliau amat menghormati institusi parti serta jawatan, dan bukannya untuk menjadi 'pak turut' semata-mata.
"Krisis UMNO berulang kali saya tidak tinggal UMNO, ada jawatan saya kerja tak ada jawatan pun saya kerja, bertanding kalah pun saya sokong UMNO. Stail politik saya memang begitu saya tak suka bodek orang, saya jenis setia.
"Saya bukan jadi ahli UMNO 10 tahun, saya ahli UMNO seumur hidup yang sudah jadi ahli lebih 40 tahun, sebenarnya saya lebih senior daripada Presiden UMNO, saya jadi menteri lebih awal, saya jadi ahli Majlis Tertinggi lebih awal, saya jadi Ketua UMNO Bahagian lebih lama," katanya.
Menteri Komunikasi dan Multimedia itu berkata demikian dalam wawancara khas "UMNO: Masa Hadapan Yang Lebih Baik" dalam program Ruang Bicara dihoskan Sherkawi Jirim terbitan Bernama TV malam ini.
ANNUAR-UMNO 2 (AKHIR) KUALA LUMPUR
Annuar berkata sebelum ini beliau pernah menyuarakan teguran kepada bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau berusia 27 tahun, namun selepas itu tetap dipilih menjadi ahli kabinet Dr Mahathir - tanpa beliau membodek dan meminta-minta jawatan.
"Ada perkara saya tak setuju saya cakap," kata Annuar yang pernah menjadi Menteri Belia dan Sukan serta Menteri Pembangunan Luar Bandar semasa pentadbiran Dr Mahathir.
Berhubung soal Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Annuar yang juga bekas Setiausaha Agung UMNO itu berkata parti tidak boleh bertindak tergesa-gesa untuk mengadakannya dan perlu mengambil kira sentimen rakyat terlebih dahulu, misalnya yang masih terkesan dengan pandemik COVID-19.
"Jangan lupa baca juga sentimen rakyat, jangan ambil formula salah. Jika nak buat PRU boleh tapi pastikan semak sumber, organisasi, logistik, strategi dan partner (rakan parti politik)," katanya.
Mengambil kira strategi pengundi muda berikutan Undi18, jelasnya UMNO perlu memperagakan imejnya sebagai parti yang membela golongan muda yang mempunyai idealisme tinggi memandangkan mereka tidak pernah menjadi ahli mana-mana parti politik.
Mengenai Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang akan berakhir esok, Annuar memuji ucapan dasar Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang disifatkannya disampaikan dengan penuh berhemah dan berlapik, di saat bekas Timbalan Perdana Menteri itu sendiri berdepan pelbagai cabaran menguruskan parti selepas kekalahan pada PRU14.
"Rapatkan saf, perbaiki parti kita, jangan semberono dalam tindakan, pada saya masa hadapan UMNO cerah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 19 2022

Annuar ketika ditemu bual dalam Program Ruang Bicara Sherkawi Jirim bertajuk 'UMNO: Masa Hadapan Yang Lebih Baik' di Wisma Bernama, Kuala Lumpur, 18 Mac 2022. -- fotoBERNAMA

Lima 'orang tengah' ditahan minta rasuah selesai kes pemandu mabuk
Semua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret di sini pada jam 8.30 pagi Selasa bagi mendapatkan permohonan reman.

Penasihat utama politik China bertemu Speaker Dewan Rakyat Malaysia
Wang menyifatkan konsensus yang dicapai sebagai gambaran jelas tentang prinsip persahabatan, keikhlasan, manfaat bersama dan keterangkuman.

Kerajaan akan teroka peluang kerjasama LCSF dengan negara nilai dagangan tinggi
Kerajaan dan Bank Negara Malaysia akan terus meneroka peluang untuk memperluaskan kerjasama Rangka Kerja Penyelesaian Mata Wang Tempatan dengan negara lain.

Belanjawan 2024 mampu jadi asas kebangkitan ekonomi negara
Usaha kerajaan ke arah matlamat kebangkitan ekonomi negara boleh dilihat menerusi pelbagai pelan hala tuju seperti NETR dan NIMP 2030.

Pendigitalan perlu jadi asas pembangunan negara - Fahmi Fadzil
Pendigitalan kini perlu menjadi asas pembangunan sesebuah negara ke arah memupuk antaranya aspek pertumbuhan ekonomi, inovasi serta keterangkuman kewangan.

FDI Malaysia dijangka meningkat dengan dasar blok perdagangan, usaha PM tingkatkan profil negara
FDI Malaysia dijangka meningkat lebih kukuh menerusi galakan dasar "blok perdagangan" oleh kerajaan AS dan langkah Anwar untuk menambah baik kemudahan pelaburan di negara ini.

Industri sawit digalak teroka pasaran khusus untuk nilai pasaran lebih tinggi
Syarikat Malaysia digalakkan untuk mengeksport barangan siap berbanding dengan komoditi minyak sawit.

Cadangan kajian kebolehlaksanaan jaringan rel, udara ke Kalimantan dalam pertimbangan
Kementerian Pengangkutan telah mengemukakan permohonan untuk melaksanakan kajian kemungkinan jajaran jaringan logistik melalui rel dan udara dari Sabah dan Sarawak ke Kalimantan, Indonesia.

Malaysia sasar 10 emas di Kejohanan Gusti Lengan Dunia 2023
Seramai 56 peserta termasuk bekas juara 2019, Joffey Jolly, dari Sabah akan menggalas cabaran negara dalam 30 kategori dipertandingkan.

Monsun Timur Laut: JPBN Sarawak bersiap siaga hadapi bencana
Sarawak telah bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan bencana banjir dan hujan lebat yang dibawa oleh angin Monsun Timur Laut.

Politik tidak akan stabil selagi Melayu tak bersatu - Annuar
Melayu sebagai kaum majoriti mesti menjadi teras atau tapak utama dalam landskap politik Malaysia yang mempunyai kuasa dominan.

PRK di Johor sambungan referendum rakyat - Annuar
Annuar berkata, tidak lengkap referendum itu sekiranya tidak disertai rakyat Johor yang turut memberi isyarat sama.

Pengarah syarikat gagal batal tuduhan tawar suapan berhubung ambil alih konsesi Menara KL
Mahkamah hari ini menolak permohonan seorang pengarah syarikat untuk membatalkan pertuduhan menawarkan suapan RM500,000 berhubung proses pengambilalihan konsesi Menara Kuala Lumpur.

PRN: Eizlan Yusof hilang suara bantu kempen
Datuk Seri Eizlan Yusof, 52, hampir hilang suara susulan turut berkempen bersama-sama Tan Sri Annuar Musa untuk Perikatan Nasional (PN) sempena pilihan raya negeri (PRN) sejak Julai lalu.

UMNO terus jadi 'alat' DAP jika menang PRN - Annuar
Dengan cara itu, Annuar berkata UMNO akan sedar bahawa rakyat menolak parti itu yang dipimpin oleh Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

'Ini peluang terakhir ahli UMNO selamatkan parti' - Annuar
Hanya ada satu ruang sekiranya UMNO ingin dipulihkan iaitu melalui referendum rakyat pada PRN, 12 Ogos ini, kata Tan Sri Annuar Musa.

PRN: 'Annuar Musa pemimpin kecewa yang sedang marah-marah' - Md Alwi
Datuk Md Alwi Che Ahmad menyifatkan bekas Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa sebagai pemimpin kecewa dan orang yang sedang marah-marah.

PRN: Annuar Musa, Afiq hadir di khemah berbeza
Annuar tiba bersama lebih 3,000 penyokong PN, berarak sambil berselawat, sementara Afiq hadir bersama Md Alwi mengiringi calon BN-PH.

PRK Kuala Terengganu: Annuar Musa tidak dicalonkan, Pas kekal Ahmad Amzad?
Tan Sri Annuar Musa yang keluar UMNO menyertai Pas disahkan tidak bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

PRN: Nama Annuar Musa, Nik Abduh melepasi tapisan Majlis Syura
Nama kedua-dua ahli politik itu merupakan antara beratus senarai calon dikemukakan kepada pucuk pimpinan Pas untuk dipertimbang pada PRN.