POLITIK
Anwar ada sokongan majoriti jadi PM - PH
PH yakin Anwar telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dalam kalangan ahli-ahli Parlimen berdasarkan proses yang telah ditentukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari. - Gambar fail
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) percaya Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang, menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk dilantik menjadi Perdana Menteri ke-lapan.
Dalam satu kenyataan media pada Jumaat, parti itu berkata, mereka percaya Presiden PKR itu mendapat pencalonan terbesar dari kalangan ahli Parlimen berdasarkan sesi temubual bersama Agong selama dua hari berturut-turut.
“Majlis Presiden percaya bahawa calon Pakatan Harapan, iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mendapat jumlah pencalonan terbesar dalam kalangan ahli-ahli Parlimen berdasarkan proses yang telah ditentukan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong tempoh hari.
“Majlis Presiden percaya bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim wajar diberi peluang untuk menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong untuk membuktikan keyakinan majoriti ahli-ahli Parlimen terhadap beliau,” menurut kenyataan itu lagi.
Majlis Presiden dalam kenyataan itu berkata, ia meletakkan kepercayaan terhadap proses, budi bicara serta kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk mencari penyelesaian dalam proses pelantikan Perdana Menteri kelapan.

#Anwar Ibrahim
#Mahathir letak jawatan
#Malaysia 2020
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#Perdana Menteri
#PKR
#Yang di-Pertuan Agong