Anwar akan pertahan jawatan Presiden PKR

Harits Asyraf Hasnan
April 11, 2022 04:53 MYT
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemukakan permohonan untuk bertanding kerusi Presiden PKR menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari ini. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil keputusan untuk mempertahankan jawatan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti yang akan diadakan pada 13 Mei depan.
Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat beliau menerusi satu kenyataan yang dikongsikan di media sosial beliau.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mempertahankan jawatan Presiden PKR bagi penggal 2022/2025.
"Beliau telah mengemukakan permohonan untuk bertanding menerusi aplikasi ADIL pada jam 12.14 tengah hari," memetik kenyataan tersebut.
Sehingga ke hari ini, masih belum ada mana-mana individu yang mengumumkan akan mencabar Anwar bagi merebut kerusi nombor satu parti itu.
#Anwar Ibrahim #Presiden PKR #pemilihan PKR #Anwar pertahan jawatan Presiden