POLITIK

Anwar dakwa PN kini tiada majoriti

Ridauddin Daud 02/08/2021 | 04:24 MYT
Anwar dan beberapa orang Ahli Parlimen dari Blok Pembangkang mengambil keputusan untuk berhimpun di Dataran Merdeka ekoran penutupan jalan menghala ke Parlimen pada Isnin. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi dakwaan bahawa kerajaan Perikatan Nasional (PN) kini sudah tumbang.

"Kerajaan Mahiaddin (Muhyiddin) telah jatuh, tumbang hari ini. Saya mendapat maklumat ada Ahli Parlimen yang minta keluar daripada Perikatan Nasional (PN).

"Dengan 107 (Ahli Parlimen) di sini campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa berkumpul bersama Ahli Parlimen lain dari blok pembangkang di Dataran Merdeka di ibu negara, pada Isnin.


Perarakan Ahli Parlimen Pembangkang dihalang
BACA LAPOR LANGSUNG DI SINI



Keyakinan itu disuarakan sekali lagi selepas kali pertama beliau berkata demikian pada 22 September tahun lalu apabila beliau menyuarakan mempunyai sokongan kukuh dan menyakinkan untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN).
IKUTI SISI TV PARLIMEN DI SINI



Anwar pada ketika itu, turut mendakwa telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al Sultan Abdulllah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah pada 22 September, sehari sebelum sidang media tersebut.

[BERITA LANJUT MENYUSUL]
#Anwar Ibrahim #Perikatan Nasional #Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah #Muhyiddin Yassin #Dataran Merdeka #Mesyuarat Khas Parlimen tangguh