awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mawar Taif Arab Saudi, pati berharga untuk industri minyak wangi
Pusat Kewangan Antarabangsa dilancarkan di tengah Vietnam
Washington, Caracas jayakan operasi bawa pulang kapal tangki Minerva ke perairan Venezuela
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar mahu bawa projek swasta ke Port Dickson

Arfa Yunus
Arfa Yunus
01/10/2018
08:15 MYT
Anwar mahu bawa projek swasta ke Port Dickson
Anwar ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan di Port Dickson, hari ini. - BERNAMA
Calon Pakatan Harapan (PH) Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim merancang membawa beberapa projek ke kawasan parlimen itu.
Katanya, projek pertama iaitu berkaitan pendidikan akan diumumkan Khamis ini.
Projek lain termasuk mempromosi Port Dickson bersama sebuah syarikat penerbangan serta projek pembangunan.
"Saya telah mengumumkan beberapa perkara khusus untuk Port Dickson, satu tentang pendidikan yang akan kita lancarkan bersama sebuah NGO hari Khamis ini.
"Satu lagi, dengan syarikat penerbangan yang akan buat satu promosi khas Port Dickson.
"Ketiga, ada satu projek pembangunan swasta berkaitan dengan perumahan yang juga akan memberi kemudahan-kemudahan lain yang lebih baik untuk Port Dickson, termasuk pekerjaan," katanya dalam sidang media di bilik gerakan utama PH di sini, hari ini.
Selain itu, Anwar berkata beliau sedang berusaha untuk membawa promosi kebudayaan di Port Dickson bagi menarik lebih pelancong.
Dalam pada itu, beliau juga sedang meneliti beberapa projek terbengkalai sekitar kawasan parlimen tersebut untuk dibangunkan semula.
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#PRK Port Dickson
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan