awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Risau anak asyik lupa! Ini lima punca memori lemah
Lebih banyak salji dijangka landa timur, utara Jepun
Mexico rekod 936 gegar penghujung selepas gempa bumi bermagnitud 6.5 - Pakar Seismologi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anwar pengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat PKR

Bernama
Bernama
24/02/2020
05:47 MYT
Anwar pengerusikan mesyuarat khas di ibu pejabat PKR
Johari berkata mesyuarat PKR itu akan membincangkan situasi terkini politik negara.
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Majlis Pimpinan Pusat (MPP) di ibu pejabat parti itu di sini, tengah hari ini.
Anwar tiba kira-kira 12.40 tengah hari dengan disambut laungan reformasi ratusan pengikutnya.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR menghadiri mesyuarat itu yang diadakan susulan perkembangan politik tanah air dipercayai ada kaitan dengan cubaan pembentukan kuasa politik negara.
Setiausaha Agung Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Naib Presiden Nurul Izzah Anwar dan Fuziah Saleh juga menyertai mesyuarat itu.
Yang turut serta ahli MPP, Datuk Abdullah Sani, Datuk Johari Abdul dan Dr Lee Boon Chye.
Turut kelihatan Pengarah Komunikasi Fahmi Fadzil, Ketua Setiausaha Pengelola Nik Nazmi Nik Ahmad dan pengasas bersama, yang juga bekas Timbalan Presiden, Syed Husin Ali.
Johari ketika ditemui media sebelum mesyuarat itu berkata mesyuarat itu akan membincangkan situasi terkini politik negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#Johari Abdul
#Majlis Pimpinan Pusat
#Mesyuarat Khas
#MPP
#Nurul Izzah Anwar
#PKR
#politik
#reformasi
#Wan Azizah Wan Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan