POLITIK
Anwar perlu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga habis penggal - Rafizi
Pada Jumaat, Perdana Menteri mengesahkan tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen PKR yang berbeza pendapat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu kekal sebagai Perdana Menteri sehingga akhir penggal demi memastikan kerajaan yang stabil dalam menghadapi cabaran ekonomi, kata Datuk Seri Rafizi Ramli.
Ringkasan AI
Bekas Menteri Ekonomi itu menyifatkan negara ASEAN sedang menghadapi cabaran ekonomi seperti tarif timbal balas yang dilaksanakan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump ke atas negara di rantau ini.
Rafizi merujuk kepada unjuran terkini pertumbuhan ekonomi untuk lima negara ASEAN yang berisiko berkurangan dua hingga tiga peratus kesan daripada tarif tersebut.
“Katakanlah pertumbuhan kita (Malaysia) tiga peratus atau lebih rendah, naya lah, dalam satu tempoh satu dua tahun ini kita perlukan kerajaan yang stabil sampai habis penggal ini maksudnya Anwar Ibrahim perlu kekal sebagai Perdana Menteri,” katanya.
Bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata demikian semasa sesi temu bual audio siar ‘Yang Berhenti Menteri’ pada Jumaat.
Rafizi turut menyatakan sebagai backbencher parti kerajaan di Parlimen, beliau akan terus menegur kerajaan agar dasar yang bakal dilaksanakan adalah berkualiti.
“Bukan sebab saya nak jatuhkan kerajaan ke tak suka ke Anwar Ibrahim itu memang ahli Parlimen punya kerja…cuma saya harap..yang dalam PKR tu janganlah melenting semua yang saya tegur, kalau benda itu betul, terimalah dengan baik,” katanya lagi.
Kenyataannya itu menarik perhatian kerana beliau dilihat secara terbuka mengkritik beberapa pemimpin dalam PKR namun tidak pernah secara khusus kepada Perdana Menteri.
Pada Jumaat, Perdana Menteri turut mengesahkan tidak akan mengambil tindakan terhadap ahli Parlimen PKR yang berbeza pendapat.
Ringkasan AI
- Rafizi Ramli menyatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu kekal sebagai Perdana Menteri hingga akhir penggal bagi memastikan kestabilan kerajaan dalam menghadapi cabaran ekonomi serantau, termasuk kesan tarif balas oleh Amerika Syarikat.
- Beliau menegaskan peranannya sebagai ahli Parlimen kerajaan adalah untuk menegur dasar secara konstruktif demi memastikan kualiti pentadbiran, dan berharap tegurannya diterima secara terbuka oleh parti.
- Anwar Ibrahim turut mengesahkan tiada tindakan akan diambil terhadap ahli Parlimen PKR yang berbeza pendapat, menunjukkan keterbukaan terhadap pandangan dalam kalangan parti pemerintah.